Follow Us @kamharyatie

Thursday 17 October 2013

Apa itu Healing Crisis / Krisis Penyembuhan?



Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang mengandungi banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu Shaklee.



" ... this reaction occurs when the body tries to eliminate toxins at a faster rate than they can be properly disposed of. The more toxic one's bodily systems are, the more severe the detoxification, or healing crisis. It is characterized by a temporary increase in symptoms during the cleansing or detox process which may be mild or severe. You may feel worse and therefore conclude that the treatment is not working. But these reactions are instead signs that the treatment is working and that your body is going through the process of cleaning itself of impurities, toxins and imbalances.  " - source

" Reaksi yang berlaku apabila tubuh dalam proses menyingkirkan toksin dalam jangka masa yang lebih cepat dari biasa. Lebih banyak toksin dalam sistem tubuh, lebih banyak lagi detoksifikasi atau krisis penyembuhan yang akan berlaku. 

Ia adalah proses pembersihan dan detoksifikasi sementara yang boleh berlaku secara sedikit atau banyak. Anda akan berasa tidak sihat dan anda akan membuat andaian bahawa rawatan tersebut tidak berjaya. 

Sebaliknya, apa yang anda hadapi menunjukkan bahawa rawatan tersebut sedang bekerja dalam tubuh dan tubuh anda sedang menjalani pembersihan dari kotoran, toksin dan ketidakseimbangan. "



Mengapa berlakunya krisis penyembuhan?

Salah satu sebab mengapa berlakunya krisis penyembuhan ialah apabila anda cuba menjalani cara hidup yang lebih sihat. Sebagai contoh :
  • sebelum ini anda makan makanan yang tidak mengikut piramid makanan yang betul, banyak makan makanan segera dan berminyak, dsb. Apabila anda cuba pemakanan yang lebih sihat seperti banyakkan makan sayuran dan buah buahan, anda akan mengalami krisis penyembuhan. 
  • sebelum ini anda tidak pernah berjogging atau membuat senaman ringan. Apabila anda mula bersenam, mesti keesokkan harinya anda akan berasa sengal2 badan. Betul tak? Itu juga adalah krisis penyembuhan.
  • sebelum ini anda selalu amalkan ubat setiap kali kena demam, sakit kepala dan senggugut. Apabila anda amalkan suplemen semulajadi (sebagai contoh suplemen Shaklee) seperti B Complex untuk sakit kepala, vitamin C untuk kurangkan kepanasan dan selsema dan GLA complex untuk senggugut anda, anda akan mengalami krisis penyembuhan kerana bahan-bahan suplemen tersebut adalah dari bahan semulajadi yang mula bertindak balas terhadap sel tubuh anda.

Adakah saya akan mengalami KRISIS PENYEMBUHAN selepas mengambil suplemen Shaklee?

Kebanyakkan dari mereka yang mengamalkan suplemen Shaklee akan mengalaminya terutama bagi mereka yang tidak menjaga pemakanan harian serta tidak pernah mengamalkan pengambilan suplemen semulajadi. 

Ini menunjukkan suplemen/vitamin ini sedang menunjukkan tidakbalas terhadap sel dalam tubuh. Jangka masa krisis ini juga bergantung kepada individu. Ada yang hanya mengalaminya dalam masa 3-4 hari. 

Ada yang berminggu dan ada yang lebih dari sebulan. Ini kerana tahap toksin dalam tubuh badan manusia adalah berbeza mengikut individu. Disini saya ingin tekankan bahawa pentingnya anda berhubung dengan pengedar suplemen anda jika anda mengalami krisis penyembuhan.





Ciri-ciri Healing Crisis


Tanda-tanda
Penyebab
Keletihan, berasa mengantuk
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia atau hiperaktif
Sistem Saraf yang lemah
Haid tidak teratus, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir
Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)
Masalah buah pinggang


 

Bagaimana cara untuk menghadapi krisis ini?

#1 Banyakkan minum air kosong
Organ dalam tubuh kita terdiri sari sel-sel. Sel memerlukan air untuk berfungsi. Untuk suplemen anda diserap dengan sempurna oleh sel, anda perlukan air. Tahukah anda berapa banyak sel ada dalam tubuh anda? 

Oleh sebab itu, anda perlu membekalkan air yang mencukupi untuk sel dan organ dalam tubuh berfungsi dengan sempurna. Selain itu, air kosong juga berfungsi untuk melancarkan pengeluaran toksin dalam tubuh. 

CADANGAN : Setiap 25kg berat anda, anda perlukan 1 liter air. Jika berat anda 70kg, anda memerlukan 3 liter air setiap hari. 


#2 Perbanyakkan pengambilan buah-buahan serta sayuran 
Selain air kosong, anda juga boleh mendapat bekalan air dari buah buahan serta sayuran. Selain itu, ianya juga dapat membekalkan serat supaya toksin lebih mudah dikeluarkan melalui najis anda. 


#3 Cuba amalkan pemakanan yang lebih sihat
Kurangkan perasa, garam dan gula dalam pemakanan anda. Cuba kurangkan panggunaan kosmetik/skincare yang mempunyai bahan kimia. Bahan kimia dalam kosmetik atau skincare akan mengakibatkan toksin semakin bertambah dalam badan dan menyebabkan krisis berlaku dalam masa yang lebih lama. 


Bagi anda yang baru pertama kali mengamalkan suplemen semulajadi ini, saya nasihatkan anda mengambil dalam kuantiti yang sedikit. Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan/healing crisis. 

Jangan terus berhenti daripada mengambil suplemen tersebut, tetapi teruskan seperti biasa dan ia akan beransur-ansur pulih. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan Shaklee. Malah ia adalah petanda yang bagus dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja.

  Credit

Thanks for reading!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi saya untuk:-
 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!