Follow Us @kamharyatie

Monday 7 October 2013

Fluffy Pancake



Haaaa…Dari dulu saya teringin nak masak pancake yang fluffy. Bila kata fluffy, dia akan jadi gebu & lembut. Yang paling best seronok tengok masa pancake tu nak naik.


Dulu bila nak masak pancake, selalunya dia nampak cam leper je, so siapa yang tak pernah makan mesti macam tak selera…hehehe. Saya belajar buat pancake ni dari kawan sekerja saya dulu.

Teknik yang saya nak kongsikan nie agak berlainan sikit. Dah pulak tu, saya ada menggunakan buttermilk dalam pancake saya ni. Buttermilk?, menda buttermilk ni?

Buttermilk ni sebenarnya ialah susu yang didadihkan dengan bakteria lactic acid. Ala-ala yogurtla. Dan tidak mengandungi sebarang mentega atau butter sebagai bahannya. Pelikkan? Tapi memang sedap kalau letak buttermilk ni.

Kalau takda, boleh digantikan dengan campurkan susu segar/rendah lemak dengan cuka makan. Just tambahkan 1 cawan susu dengan 1 sudu besar cuka makan dan biarkan beberapa minit.



So jom kita tengok bahan-bahannya:

Bahan Kering
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh sodium bicarbonate
1 sudu besar gula halus
½ sudu teh garam halus

Bahan Basah
2 biji kuning telur
1 cawan Buttermilk
2 sudu besar mentega (dicairkan dan kemudian set pada room temperature)
½ sudu teh esen vanilla

Bahan Lain
2 biji putih telur
Sedikir minyak masak

Caranya:
Satukan bahan kering dan gaul rata dalam satu bekas. Elok jika diayak sekali. Dalam bekas yang lain, satukan pula semua bahan basah dan kacau hingga sebati. Buat sedikit lubang ditengah-tengah bahan kering tadi dan kemudian tuangkan bahan basah di lubang tersebut. Kacau bahan-bahan tadi sehingga sebati akan tetapi, jangan terlalu over kacau. Kerana ini akan membuat pancake tersebut jadi keras sedikit.

Selepas bahan-bahan tersebut telah sebati, pukul telur putih sahaja di dalam satu bekas sehingga jadi soft peaks. Kemudian denagn menggunakan spatula, masukkan putih telur yang sudah dipukul tadi kedalam adunan bahan kering & basah tadi. Gaulkan dengan perlahan supaya buih-buih putih telur tesebut tidak pecah.

Bila dah rata, ambil senduk dan cedok ikut saiz yang anda mahu dan tuang kedalam kuali yang ada sedikit minyak yang telah dipanaskan. Biarkan bancuhan tadi merata sendiri. Pastikan anda guna api yang kecil. Bila nampak pancake pucat sedikit, terbalikkan dan masak hingga warna keperangan. Buat kaedah yang sama pada baki adunan tadi.


Pancake nie sedap dimakan dengan butter bersama jem atau madu. Jika mahu, kita bole tambah chocolate chip dalam adunan dan masak seperti biasa. Kita akan dapat makan pancake chocolate chip. Hasilnya? Sedappppp………

Selamat mencuba!.....

~Daddy Shahab~



No comments:

Post a Comment