Follow Us @kamharyatie

Showing posts with label Shaklee Effects. Show all posts
Showing posts with label Shaklee Effects. Show all posts

Tuesday, 30 July 2019

Shaklee Living Proof - Kaya dan Sihat di Usia Emas Bersama Shaklee

Tuesday, July 30, 2019 0 Comments
Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang menziarahi blog Mommy Shahab akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Ramai yang tahu, team Shaklee kami, baru saja balik dari menghadiri Shaklee Global Conference di Las Vegas, Nevada, USA. 

Saya sangat teruja dengan experience mereka bertemu dengan begitu ramai Shaklee families yang telah consume produk Shaklee dan juga menjalankan bisnes selama lebih dari 30 tahun.

Saturday, 20 April 2019

The Biggest Loser - Bonus Terbesar #JomDetoxJutawan!

Saturday, April 20, 2019 0 Comments

Alhamdulillah. Program #JomDetoxJutawan dah masuk Batch 8.0. Makin lama makin ramai yang join program ni. Apa tak nya. Asal kami join program #JomDetox ni sebab nak selesaikan masalah kesihatan. Sebab terlalu banyak toksin dalam badan, macam-macam penyakit lah yang singgah.

Bagi yang masih blur apa maksud detoks, jemput baca di sini dahulu ye.

Detoks: Kaedah Mengeluarkan Racun Dari Badan (sila klik)

Wednesday, 8 February 2017

Saturday, 24 December 2016

Set Bersalin Pilihan Mommy Shahab (Luaran dan Dalaman)

Saturday, December 24, 2016 0 Comments
Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Kali ni nk cerita tentang Set Bersalin pilihan saya untuk Luaran dan juga Dalaman. Penting setiap ibu mengambil set bersalin ye. Bukan setakat luaran, tapi juga dalaman. 

Sebelum tu, kalau ada yang tak tahu nak pilih set bersalin, saya ada share 10 tips memilih set bersalin dalaman. Anda boleh refer link di bawah.





SET BERSALIN DALAMAN DAN SET MENYUSU (SHAKLEE)

Macam biasa, untuk dalaman, of coz saya pilih Set Bersalin dan Menyusu Shaklee. Saya mula ambil set ni selepas bersalin anak yang ke-3 dulu. 6 tahun lepas. Lepas dah rasa keberkesanan Set Bersalin & Menyusu Shaklee, sejak tu saya konsisten ambil produk Shaklee sampai lah sekarang.





Yang istimewanya Set Bersalin dan Menyusu Shaklee ni, itemnya semua sama dengan Set Hamil. So saya jimat banyak. Dari mula hamil, item tu jugalah yang saya terus makan sampai bersalin dan menyusu. So tak payah susah-susah fikir apa nak beli lagi.

Dengan fullset ni juga, susu badan saya tersangat lah meriah! Saya berjaya menyusu anak yang ketiga sehingga berumur 3 tahun! Takde masalah susu tak cukup. Dan sekarang pun, sepanjang berpantang anak ke-4 ni, alhamdulillah dah mula buat stok walaupun baru 20 hari. Dah dapat pam hampir 100oz.

Saya ada cerita pengalaman berpantang ketiga-tiga anak saya yang sebelum ni, sebelum kenal Shaklee dan selepas kenal Shaklee. Banyak sangat perbezaan yang saya rasa. Jemput baca di sini...



Ketika dalam pantang, ibu memerlukan tambahan tenaga sebanyak 500kal yang harus datang dari makanan aygn mereka makan. Ini bermakna mereka memerlukan antara 2000 hingga 2500 kalori dalam sehari.

Malangnya kebanyakan wanita yang sedang dalam tempoh berpantang tidak mendapat nutrisi yang cukup dari pemakanan mereka. Ini berpunca dari keletihan kerana tidak cukup rehat dan ttidak cukup tidur kerana menyusukan bayi dan mengalami masalah 'tidak berselera' kerana tubuh mereka masih lemah.

Kegagalan mendapatkan nutrisi yang mencukupi akan memberikan kesan buruk kepada ibu dan bayi. Oleh itu, ibu-ibu yang baru melahirkan sangat memerlukan suplemen yang sesuai untuk meningkatkan kesihatan tubuh mereka semula. 


Pengambilan makanan dengan nutrisi yang lengkap bagi setiap IBU adalah sangat penting. Jagalah kesihatan diri anda terlebih dahulu agar anda dapat menjaga keluarga dengan lebih sempurna, InsyaAllah... 

Sila refer link di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut, khasiat dan kebaikan semua nutrisi yang terdapat di dalam Set Bersalin dan Menyusu Shaklee.






SET BERSALIN LUARAN (ANUGERAH)

Untuk bahagian luaran jangan lupa pula ye. Ini pun penting ni. Macam saya, saya tak suka item yang susah nak handle. Sebab saya ni walaupun mak dan maid ada di rumah, tapi diorang handle bab masak dan tolong mandi baby sahaja. Urusan berpantang yang lain, semua saya handle sendiri.

Sebab tu saya prefer set bersalin luaran yang mudah untuk saya uruskan sendiri, yang tak perlu orang lain tolong buat. Saya prefer jenis yang mudah dan simple, dan....WANGI. Itu bonus. Ade ke set bersalin luaran yang macam tu? Of coz le ada....hehehe....google, jangan tak google....

Lepas dok survey, at last , saya decide ambil Set Bersalin Anugerah. Plan asal nak beli secara loose je. Tapi lepas kira-kira, agen tu gantikan item yang perlu dimakan dengan tungku baby. 

So dapatla murah sikit lepas adjust item yang saya perlukan sahaja. Item macam jus, yang teh, semua saya tak ambil. Sebab saya dah ada Set Bersalin Shaklee.





Istimewanya tentang Set Bersalin Anugerah ni ialah ia menggabungkan dua kombinasi penting di dalam dunia perubatan Islam dan tradisional. Setiap ramuan di dalam set bersalin ini telah didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa-doa pilihan agar ibu dan bayi dibaluti dengan mukjizat qalam Allah.


Item yang saya beli. Jom kita review satu persatu.

Minyak pilis paling best dalam dunia. Saya memang tak suka pilis serbuk sebab leceh. Nak kena bancuh dengan air, lepas tu berterabur kat baby. Yang ni best! Nama je minyak, tapi tekstur dia macam air je. Sapu kat dahi, muka dan tangan untuk elak masuk angin setiap kali selepas mandi. 

Memang best! Saya kalau dalam pantang memang tak boleh kene kipas kuat sket, mula la sakit kepala. Sapu je pilis ni, alhamdulillah memang berkesan hilangkan sakit kepala.

Ni minyak baby. Best bau dia, baby pun suka. Guna setiap kali selepas mandi. Sapu dan urut kat bahagian perut, tapak kaki, kat bahagian ari-ari baby sekali untuk elakkan masuk angin atau kembung perut.
 
Ni minyak urut. Masa tukang urut datang urut lepas bersalin, saya guna minyak ni.  Even kalau bukan lepas bersalin pun, sangat elok untuk sesiapa yang rasa bisa badan, sakit sendi, angin, lenguh-lenguh.


Yang ni untuk bakar lemak. Sapu di bahagian perut, peha, punggung sebelum pakai bengkung atau girdle. Dia punya panas sampai ke petang. Yang paling best, bau dia....wangi sangat! Bau apple garden. Lepas sapu tu, bilik kita memang harum semerbak. Best!!! 

Husband sampai tanya, saya pakai apa ni bau kemain wangi bilik. Hehehe...Teksturnya pun best, tak melekit, halus dan mudah meresap ke dalam kulit.


Mandian herba ni pun best. Dia dalam bentuk uncang. Macam uncang teh tu. Rendam je dengan air panas. Pastu mandi. Lega rasa tau dapat mandi herba ni. Urat-urat dan sendi yang tegang masa bersalin, semua rasa lega. Badan pun rasa fresh.

Tungku untuk ibu dan juga tungku bayi. Cara guna samada kukus atau panaskan kat sterika. Senang. Boleh guna selama setahun. So even dah habis pantang pun, kalau rasa badan lenguh-lenguh ke, boleh tungku sendiri je. 

Tungku Ibu membantu melancarkan perjalanan darah, merehatkan otot tubuh dan buang angin dalam badan.

Tungku Bayi pula serbaguna untuk kanak-kanak yang terkena gigitan serangga, terjatuh, demam, batuk, selsema, benjol terutama di dahi dan lutut serta kecederaan ringan.


So, sesiapa yang tercari-cari set bersalin lengkap, saya sangat-sangat recommend Set Bersalin & Set Menyusu Shaklee sebagai set bersalin dalaman dan Set Bersalin Anugerah sebagai set bersalin luaran. 


Insyaallah dengan nutrisi lengkap yang terkandung di dalam Set Bersalin & Set Menyusu Shaklee akan membantu ibu dan bayi kembali sihat, cergas, langsing dan menawan selepas bersalin.

Dan insyaallah, penggunaan ayat-ayat Al-Quran yang telah ditenagakan dalam Set Bersalin Anugerah pula dapat membantu ibu dan bayi mendapat keberkatan, sembuh dengan sempurna dan yang paling penting dijauhi dari gangguan makhlus halus ketika semangat ibu dan bayi masih lemah.


Hubungi saya untuk:- 
 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



















Sunday, 10 July 2016

10 RAHSIA PANJANG UMUR

Sunday, July 10, 2016

Assalamualaikum,

Selamat hari raya kepada semua pembaca blog Mommy Shahab. Mood raya masih terasa lagi kan. Saya doakan anda semua dapat memanfaatkan hari raya tahun ini dengan menziarahi sanak saudara dan sahabat demi ikatan silaturrahim.

Biasanya bila raya ni lah kita dapat jumpa saudara yang lebih tua dan lanjut usia. Saya berkesempatan menziarahi atuk, nenek dan onyang yang rata-rata, umur mereka telah melebihi 80 tahun. Tapi kudrat tenaga masih kuat dan sihat. 

Friday, 19 February 2016

DEMAM BERPANJANGAN - RAWATAN ALTERNATIF SEMULAJADI

Friday, February 19, 2016 0 Comments


Assalamualaikum,

Ramai yang tahu baru-baru ni anak saya Syed Raees admitted selama 9 hari di Hospital Pakar Ampang Puteri kerana demam panas sehingga menyebabkan febrile fits atau biasanya dipanggil sawan tarik.

Saya akan kongsikan dalam entry lain bagaimana untuk handle keadaan ketika anak diserang sawan. Tapi yang saya nak share kali ni, adalah cara untuk meningkatkan sistem imun badan.



Monday, 8 June 2015

KISAH DISEBALIK CAR BONUS

Monday, June 08, 2015 0 Comments
Assalamualaikum, 

Terima kasih kepada anda yang menziarahi blog ini. Saya doakan, anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah.

Kali ni saya nak cerita satu kisah di sebalik car bonus Shaklee. Actually saya mula dapat car bonus selepas bulan ke-6 saya melibatkan diri dalam bisnes Shaklee ni secara serius. Walaupun masih secara part time, tapi saya serius. 

Syukur. Bermula dari itu, Shaklee bagi kami duit bonus kereta pada setiap bulan di samping bonus-bonus yang lain. Dalam Shaklee ni ada banyak bonus ye. Bonus pula dibayar pertengahan bulan, setiap 14hb. Hujung bulan pula dapat gaji. Best kan!

Car bonus Shaklee dibayar dalam bentuk cash. So tak semestinya kena beli kereta. Boleh guna duit bonus tu untuk perkara lain. Nak beli rumah ke atau nak simpan je pun boleh.


Car Bonus Beli Rumah

Plan asal saya adalah untuk beli rumah impian dengan car bonus ni. Sama macam orang lain, saya mengimpikan rumah sendiri. Saya suka tengok rumah yang cantik dengan interior design sendiri. Sebab memang hobi saya mengemas dan saya suka tengok rumah sentiasa cantik dan kemas. 

Tapi, bila saya menyatakan hasrat nak duduk rumah sendiri, mak saya tak setuju. Katanya, rumah mak dah takde orang, dan nanti mak tinggal berdua dengan abah, mak sunyi. 

Abah pulak, bila saya cakap nak p survey tengok rumah, macam-macam alasan dia akan bagi. Area tu jem lah, tanah tak elok lah, dekat dengan bukit lah, jauh lah, macam-macam lagi alasan. Jenuh jugak saya fikir. 

Dilema sebenarnya. Pernah bercerita dengan salah seorang sahabat saya tentang hal ni. Saya agak terkesan dengan pendapat beliau.

"Kam, you patut bersyukur you duduk dengan parents. Tak pe Kam. Ambil peluang yang ada ni untuk berbakti pada parents kita selagi diorang masih ada. Insyaallah, Allah ganti yang lebih baik nanti. Trust me..."

Lepas discuss dengan Mr. Hubby, kami rasa oklah, biarlah kami stay dengan mak abah. Duit yang ada ni kita beli rumah lain dan kita sewakan. Rumah mak abah ni, kita anggap macam rumah kita sendiri, bayarlah bil api ke bil air ke, maintenance ke, apa-apa lah yang boleh memudahkan diorang.


MPV Satu Keperluan

Bila kita tinggal dengan mak abah ni, sedikit demi sedikit, tahap kebergantungan mereka kepada kita semakin bertambah. Banyak yang mereka harapkan dari kita. Contoh, kalau nak ke mana-mana, abah dah tak larat nak drive jauh-jauh.

So mak abah biasanya kalau nak ke mana-mana akan ajak kami pergi sekali. Bayangkan kereta Honda City tu sumbat dengan 5 orang dewasa dan 3 kanak-kanak. Kalau jalan jauh sikit, memang tak selesa, kena berhimpit.

Kalau nak balik kampung memang tak dapat balik sekali. Sebab barang saya sekeluarga je pun dah penuh kereta. Nak tak nak, abah terpaksa la jugak drive sendiri walaupun jauh. Macam kesian pun ada, tapi nak buat macam mana, kereta tak muat. Otherwise terpaksa call abang sulung saya samada pinjam MPV dia atau pun mintak abang yang bawak mak abah.

Bila keadaan macam ni lah, saya teringat balik pesanan sahabat saya tadi. Saya rasa, dah sampai masa untuk saya dapatkan sebuah MPV untuk kegunaan seluruh keluarga. Lagipun bilangan keluarga saya sendiri pun semakin bertambah.

At least lepas ni takde masalah nak g mana-mana dah. Mak abah pun lebih selesa naik kereta. Berbakti pada mak abah. Memang ada banyak cara dan mungkin ini salah satu peluang saya. Kita mudahkan segala urusan mereka, Allah akan mudahkan segala urusan kita.


Car Bonus Beli Kereta

Sebenarnya kereta impian saya adalah SUV. Saya suka kereta yang tinggi dan nampak gagah. Tak sedor diri tu kecik. Hihihihi. Tapi, sebab fikir saya ni kecik lah saya rasa saya kena bawak keta besar dan tinggi. Kan! Kan! Kan! Tapi, bila memikirkan buat masa ni MPV lebih penting dari SUV, saya decide, go for MPV. 

Nasihat seorang sahabat..."Kam, time anak kecik-kecik, time anak sibuk nak mengekor kita ni lah, kita beli kereta besar sikit. Esok bila anak dah besar, dah bujang, dah tau nak ikut kawan, masa tu baru nak beli kereta besar, memang tak best la. Kereta besar tapi naik berdua. Tak best tau....!"

Fuh! Memang betul apa yang sahabat saya ni cakap. Oklah, saya sacrifice lagi lah impian saya nak memiliki SUV buat masa ni.

Sabar ye BMW X6. Satu hari nanti aku rembat kau jugak. Tunggu.....

Dalam banyak-banyak MPV, saya suka MPV yang tinggi. Saya tak suka MPV yang sama rendah dengan kereta sedan. Ni antara yang shorlisted, first round.


Mitsubishi Grandis


Honda Odyssey baru. Yang ni tinggi. Yang lama tak lawa, rendah dan panjang. Dah macam rupa kereta mayat. Erk! Tapi New Odyssey ni memang lawa.


Toyota Alphard


Toyota Vellfire

Toyota Estima Previa.

Antara yang shorlisted, kene pilih lagi for top 3. Sebabnya kene tengok budget la jugak. Budget tak boleh lebih dari RM200K. So, awal-awal Honda Odyssey dan Toyota Estima Previa kene take out.

Nak dijadikan cerita, kebetulan adik saya Maria jugak memang tengah mencari Vellfire. Dia sendiri pun bila balik KL dengan Honda CRV dia, tengok macam nak terkeluar barang. Penuh sepenuh-penuhnya. Mak mertua lagi, maid lagi, ni nak keluar baby sorang lagi. 

Pastu setiap kali balik KL, Maria akan bawak berpuluh-puluh ikat daun pisang dari kampung untuk mak kami. Mak kami kan buat kuih koci. Daun pisang kampung memang cantik balut kuih koci.  Sebab tu mak memang suka daun pisang kampung. 

Punya banyak Maria bawak daun pisang, sampai terpaksa selit-selit mana-mana ruang yang ada. kadang sampai adik ipar saya, Firdaus tak nampak cermin belakang. Hahaha.....Dah jatuh tahap wajib beli MPV jugak tu. Heheheh....

Nak dijadikan cerita jugak, dalam masa kami dok survey, Firdaus bagitau Naza Motor akan buat sales besar-besaran. So, kami yang memang tengah dok mencari MPV ni macam orang mengantuk disorongkan bantal. 

Apalagi, memang kami redah terus. Memang berderet kereta import dari Jepun untuk dijual. Vellfire, Alphard dan Estima.Semua kereta recon.

Bersama salesman kami, Isa Kamil. Service dia memang tip top. Very informative. Kalau bende tu tak bagus, memang dia akan bagitau tak bagus.

Ni cuci mata je. Tak boleh tengok lebih-lebih. Fokus kepada MPV je.

Mula-mula try Estima. Probnya, Estima yang ada semua tahun 2013. So bila total price on the road, semua lebih RM200K. So tolak tepi lah Estima ni.


Kami survey Vellfire pulak.Tengoklah, tak dan tukar baju, dari office terus ke Naza PJ. Yang ni tahun 2011, harga within our budget. So saya decide ok lah, kita pilih Vellfire. Lagipun, space jauh lebih besar dari Estima. Yang ni antara kereta yang kami tak dapat sebab dah ada orang booked. Mileage baru 15K km.

Ni shortlisted Vellfire. Ada 2 option. Hitam ke dark purple. Minta Hubby dan Firdaus tolong tengok which one yang terbaik.
Tak lama lagi nak raya, nak balik kampung, nak jalan-jalan beraya. Kalau balik kampung belah husband, boleh bawak mak mertua. Kalau balik kampung belah saya, boleh bawak mak abah saya.
So kami kena decide masa ni juga untuk beli. Lagipun, lepas ni entah bila pulak Naza nak buat sales lagi kan. At last, kami pilih dark purple. Semoga kereta yang kami pilih ini adalah yang terbaik untuk kami semua.

Alhamdulillah. Akhirnya kereta dah pun keluar. Syukur Allah mudahkan segala urusan jual beli, loan, plate number, semua mudah. Berkat doa mak selama ni yang dok sebut-sebut "beli la kereta besar sikit". Ha ni dia kereta untuk mak.


Berbakti Kepada Ibu Bapa

Sebenarnya apa yang saya nak share di sini adalah, sentiasa berkongsi apa sahaja rezeki yang kita ada dengan orang lain. Sebab bila kita rajin share, Allah akan beri lebih banyak lagi. Itu yang mentor saya selalu dok pesan. Yang paling penting, keutamaan mestilah untuk ahli keluarga sendiri dahulu. 

Berbakti kepada ibu bapa. Sangat besar jasa yang telah diberikan oleh mak abah terhadap saya selama mereka membesarkan saya. Pengorbanan mereka tidak akan mampu saya balas. Tapi saya cuba usaha semampu yang boleh untuk memudahkan urusan mereka.




Tak salah kalau kita punya impian. Semua bermula dengan angan-angan, bertukar menjadi impian, dan berusaha untuk jadikan impian itu satu kenyataan. Lagi best kalau impian melibatkan keluarga kita dan ibu bapa kita kan. 

Apa pun, saya bersyukur, Vellfire ni Shaklee yang tolong bayarkan. Tak de lah pening-pening nak cekau dari mana kan. Best ke best?


Mudah-mudahan Allah mudah kan segala urusan untuk saya mencapai impian-impian yang lain pula. Maklumlah, kan ada 101 impian. Banyak lagi yang perlu diusahakan. Saya doakan anda yang membaca blog ini juga berjaya mencapai segala impian dalam hidup anda. 

*Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


Saturday, 21 March 2015

Friday, 16 January 2015

EBOOK PERCUMA!!! NOW EVERYONE CAN KURUS!!!

Friday, January 16, 2015
Assalamualaikum semua pembaca blog Mommy Shahab,

Harini nak announce sesuatu yang sangat menarik. Satu lagi projek khas komuniti hasil usaha Empayar Maria Firdaus telah dilancarkan. Projek ini dinamakan NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK). 


APA ITU NECK?

Now Everyone Can Kurus (NECK) adalah satu projek tanggungjawab sosial yang dianjurkan oleh Empayar MariaFirdaus untuk membantu dan menggalakkan rakyat Malaysia menyelesaikan masalah obesiti mereka dengan pendekatan yang mudah dan praktikal.  

Semua FORMULA dikongsikan di dalam BUKU NECK dan ia adalah kisah benar yang ditulis berdasarkan pengalaman sendiri penulis dalam menurunkan berat badan dengan cara yang MUDAH dan cukup PRAKTIKAL

Bagi mereka yang struggle untuk turunkan berat badan ATAU mereka yang sudah habis ribuan ringgit tapi masih gemuk, Anda WAJIB dapatkan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus yang terdapat di dalam buku ini. 

Teknik ini terbukti berkesan membantu mereka yang mahu menurunkan berat badan sebanyak 10-15kg dalam tempoh 100 hari.



10,000 buah buku mini fizikal NECK sold out


Saiz buku mini fizikal NECK kecil sedikit daripada buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki. Sangat mudah dibawa ke mana-mana.


EBOOK MINI NECK

Bagi mereka yang tak sempat nak grab, jangan risau. Walaupun buku mini fizikal NECK dah takde, anda masih boleh mendapatkannya dalam format digital.

==================================
Ada 2 cara untuk anda dapatkan Ebook ini.
 

1. BELI PADA HARGA RM10.
Anda boleh bank in RM10 ke akaun:-
 
Maybank 1621 4294 8146 
CIMB 7004 566 123 
Kam Haryatie Abdul Mutalib
comecoze79@gmail.com 
p/s Wang tersebut akan disalurkan ke Tabung Maria Firdaus Prihatin untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.


ATAU 

2. DAPATKAN EBOOK INI SECARA PERCUMA!
Caranya, anda WAJIB CLICK BUTTON SHARE di atas atau di bawah entry ini.
 
(Ia AMANAH untuk anda yer) 

================================== 

Selepas Anda Bank In RM10 atau SHARE Status ini ( Ikut Pilihan Anda ).
Sila download ebook ini di :





Salam Kurus Dan Sihat, 
"Now Everyone Can Kurus" 
"Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus" 

Feel Free To SHARE This Entri Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat.