Follow Us @kamharyatie

Wednesday, 25 October 2017

SHAKLEE BABY DAH MASUK MALAYSIA! YEAY!

Wednesday, October 25, 2017 0 Comments


Perkenalkan Shaklee Baby, produk khusus penjagaan bayi yang pastinya tiada kimia terlarang seperti SLS, paraben dan lain-lain. Produk Shaklee Baby pastinya organik, natural dan sangat lembut pada bayi. 

So mommy tak perlu bimbang, sebab produk bayi Shaklee dijamin selamat dan berkesan digunakan terutama sekali untuk bayi berkulit sensitif atau mengidap ekzema. 
Akhirnya penantian ku sejak join Shaklee 4 tahun yang lalu telah berakhir. Yeeehaaaaa.....Selama ni dok usha kat website Shaklee US je. Dan sekarang, dah masuk pun pasaran Malaysia.

Rangkaian produk penjagaan bayi Shaklee ni sebenarnya ada banyak, tetapi 3 produk di bawah yang akan masuk dahulu ke Malaysia. 3 produk Bayi Shaklee ini adalah :




MANDIAN BAYI LEMBUT DAN SELAMAT




LOSYEN LEMBUT DAN MELEMBAPKAN KULIT BAYI DENGAN SEMPURNA




MINYAK URUT MELEMBAP DAN MENENANGKAN BAYI



Shaklee products is beyond organic! Secara ringkasnya, set penjagaan baby Shaklee memenuhi semua kriteria di bawah:

99% natural
76% organic ingredients
Non-irritating, no-tears formula
Pediatrician tested
Clinically tested
Sensitivity tested
PH balanced
Hypoallergenic
No parabens or SLS (sodium lauryl sulfate)
No 1,4-dioxane or formaldehyde
No artificial colour or fragrance added


Will be in market in November 2017! Tak sabar rasanya nak grab. Tapi kuantiti adalah sangat limited. So siapa yang tak mau lepas peluang, kena standby ye. Once available je terus grab. Jangan tunggu tau! 


Boleh hubungi saya terus untuk dapatkan produk ni.



Thanks for reading!
~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara sambilan?

Hubungi saya untuk:
FREE CONSULTATION, BEST PRICE and BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Saturday, 23 September 2017

Rahsia Kulit Berseri Dengan THE RADIANT 4!

Saturday, September 23, 2017 0 Comments
Assalamualaikum,

Nak tau tak, untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri, sebenarnya bukan dari pencuci muka semata-mata. Tapi hakikatnya kena treat dari dalam. 

Dari dalam tu maksudnya dari segi pemakanan yang sihat. Bila dari dalam, kesihatan kulit tu akan kekal lama dan akan memberikan aura yang positif dan sihat.

Ada 4 nutrien penting akan akan pastikan kita boleh dapat kulit yang sihat, berseri dari dalam. Nak tau tak apa dia. Haaaaa.....Rahsianya....Make sure korang take note 4 nutrien ni tau!


1. PROTEIN - Membina Kulit Yang Sihat 
Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:

  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.
 2. VITAMIN C - Perlindungan Antioksida
Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :

  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  • Membantu dalam penyembuhan luka.
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.

3. KOLAGEN- Tingkatkan Keanjalan
Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.

Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;
  • Kulit yang lebih anjal.
  • Mengurangkan kedutan.
  • Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
  • Mengurangkan parut.

4. GLA- Kekalkan Kelembapan Kulit
Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:

  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Melawan keradangan.

So dah tau kan 4 nutrien penting tu kan? So, mana nak dapat semua ni? 
Apa sumber protein nak ambil? 
Nak kena makan Vitamin C berapa banyak sehari? 
Kolagen jenis apa nak consume? 
GLA tu pulak nak dapat dari mana?



Tadaaaa.....semua ni ada dalam SET THE RADIANT 4! Ha! Nama pun dah macam nama filem tau! Tak payah susah-susah, tak payah pening-pening ye. 4 Nutrien penting tu semua dah ada dalam set ni.

ESP, Vitamin C, GLA, Collagen Powder








TESTIMONI

Jom kita tengok testimoni mereka yang dah cuba SET THE RADIANT 4 ni! Nak try, kenala tengok hasilnya dulu kan. Jom!



















Amacam? Best tak? Rasa mcam tak sabar nak try kan. Try, jangan tak try tu!  
Lagipun, bulan ni ada promotion ye. Jangan lupa!!!


Setiap PEMBELIAN SET THE RADIANT 4 akan melayakkan kita untuk dapat E-VOUCHER bernilai RM60! Dapat eksklusif paper bag lagi.

E-VOUCHER nih boleh digunakan for next purchase tau. So memang berbaloi baloi sangat!
Boleh terus whatsapp saya ye untuk order and consultation. 

InshaaAllah saya akan guide cara consume yang betul sampai korang dapat kulit yang diidam idamkan tu .

Thanks for reading!
~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara sambilan?

Hubungi saya untuk:
FREE CONSULTATION, BEST PRICE and BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Wednesday, 16 August 2017

QHALISH SAHUT CABARAN REDAH OMBAK

Wednesday, August 16, 2017 0 Comments


Alhamdulillah selesai sudah acara Open Water Autism Swimming Challenge yang telah di adakan di Blue Lagoon Port Dickson. Acara ini diadakan khas untuk menguji keupayaan setiap pelajar renang autisma dari Hawary Sports Centre yang telah menjalani latihan antara setahun ke 2 tahun.

Acara ini merupakan yang pertama di Asean dan juga Malaysia memandangkan ketiadaan penganjuran aktiviti seumpama ini di negara lain. Rata-rata peserta mempunyai tahap autisma yang berbeza seperti Fragile X, ADHD & ASD. 



Tuesday, 11 July 2017

JANGAN BUAT KERJA ALLAH

Tuesday, July 11, 2017 0 Comments
 

Masa saya pergi Kelas Fardhu Ain untuk anak istimewa dulu, Ustaz pesan berkali -kali, jangan buat kerja Allah, jangan buat kerja Allah. Nanti seluruh hidup kita akan tertekan.
.
Apa maksud jangan buat kerja Allah?

Contoh 1. Saya yang ada anak autism dan speech delayed. Macam-macam cara kami ikhtiar. Buat macam-macam jenis terapi. Bukan Qhalish je kena belajar, saya sendiri pun kene belajar cara macam mana cara nak ajar. Dan kita buat, serta amalkan.
.
Kita buat macam-macam target. Dalam tempoh sekian-sekian waktu, sepatutnya dia dah boleh bercakap certain words. Tapi, end up, bila sampai target masih belum berhasil. Lepas tu kita yang stress.
.
Inilah maksudnya kita buat kerja Allah. Yang akan membolehkan dia bercakap, to achieved certain target, bukan kita. Tapi itu adalah kerja Allah. Kerja kita adalah ikhtiar sehabis baik tanpa jemu. Selebihnya kita berdoa, dan berserahlah pada Allah.

Contoh 2
. Kita ajar anak subjek matematik. Jenuh ajar, tapi tak faham-faham. End up, kita rasa marah dan stress sebab anak tu tak faham-faham apa yang kita ajar. Sudahnya anak tu yang kita marah, yang kita salahkan, kadang sampai anak tu menangis, sampai fobia nak buat homework.
.
Sebab apa kita marah? Sebab kita cuba buat kerja Allah. Yang akan bagi dia faham, bukan kita. Tapi, Allah sahaja yang berkuasa untuk bagi dia faham. Tugas kita adalah mengajar tanpa jemu. Kalau dia tak faham cara A, kita try ajar cara B. Tak faham jugak, try ajar cara C.

Contoh 3. Kita buat bisnes. Persaingan banyak. Kita stress tengok orang lain dapat jual banyak tapi takde orang nak beli dengan kita. Bila kaji balik, blog tak update, info produk pun tak tahu, solat wajib culas-culas, solat dhuha pun malas, celah mana nak dapat sales?
.
Hati manusia milk Allah. Hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk menggerakkan hati-hati manusia untuk pilih yang mana. Untuk memenangi hati manusia, menangi Si Pemilik Hati terlebih dahulu.

Ini yang kita selalu belajar dari kecik. Konsep tawakal pada Allah. Iaitu bergantung dan menyerah diri kepada ALLAH. 
.
Namun konsep tawakal dalam Islam meliputi aspek hati dalam meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada ALLAH serta ikhtiar atau usaha yang dilakukan manusia yang harus bergerak seiring. Bukannya hanya duduk mengharap tanpa berusaha.
.
Kita perlu menyusun dan mengatur persiapan, persediaan, strategi dan daya usaha dan akhirnya, kita serahkan hasilnya kepada Allah SWT. Sikap sentiasa bergantung dan memusatkan segala aspek kehidupan hanya kepada ALLAH, akan menjadikan kita sentiasa positif dalam kehidupan.
.
Percayalah, Allah tak pernah sia-siakan harapan dan usaha setiap hambaNya. Tetapi Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan memenuhi doa orang yang berputus asa.

DUIT - Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal. Apply semua ini dalam semua urusan hidup kita di dunia. Berjaya atau tidak, serah sahaja pada Allah. Dia lebih mengetahui mana yang terbaik. Jika kena dengan caranya, pasti akan ada hasilnya. Insyaallah.




 

Saturday, 22 April 2017

SET KESIHATAN WANITA - KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

Saturday, April 22, 2017 0 Comments
Assalamualaikum, 

Apa khabar para pembaca blog Mommy Shahab? 

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Saya doakan anda semua sentiasa sihat sejahtera dan dalam lindungan serta rahmat Allah sentiasa.

Dalam entry kalini, saya nak share tentang KESIHATAN WANITA.  

Ramai WANITA di luar sana (termasuklah saya sendiri suatu masa dulu), yang kurang mengambil berat tentang kesihatan sendiri. 

Biasanya sebagai IBU dan ISTERI,  kita memang selalu utamakan suami dan anak-anak dulu kan. 

Contohnya, ada antara ibu-ibu yang sibuk sangat sampai terpaksa skip breakfast pagi-pagi sebab terkejar-kejar dengan urusan kerja dan persekolahan anak-anak. 

Even surirumah pun ada jugak yang kadang-kadang sibuk sangat uruskan rumahtangga, suami dan anak-anak sampai tak sempat makan dengan betul. Makan bila sempat jer. 

Memanglah sebagai ibu, kita nak pastikan keluarga semua cukup keperluan, tapi janganlah sampai mengabaikan kesihatan diri sendiri. 

Bayangkan kalau kita sebagai IBU sendiri jatuh sakit, siapa pulak nak uruskan kita, suami dan anak-anak nanti? 

Sebab tulah, sebagaimana PENTING PERANAN WANITA dalam sebuah keluarga, macam tulah juga PENTING MENJAGA KESIHATAN WANITA itu sendiri. 

Seronok sangat kalau suami dan anak-anak selalu ambil berat kesihatan isteri/ibu dan belikan makanan sihat dan suplemen untuk jaga kesihatan. 

So jom kita tengok apakah NUTRISI yang sangat penting dalam hidup seorang WANITA.


PANDUAN NUTRISI WANITA DI SETIAP PERINGKAT UMUR

 
Kesibukan wanita zaman sekarang dah tak sama macam zaman atuk nenek kita dulu kan. 

Kalau dulu, kebanyakan wanita hanya jaga keluarga saja dan duduk kat rumah. 

Tapi sekarang, wanita pun sama-sama ada karier dan menjadi penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi keluarga dan masyarakat. 

Jadi penting sangat untuk semua wanita jaga kesihatan sejak dari peringkat awal semasa masih anak dara lagi. 



NUTRISI UNTUK WANITA MUDA
MULTIVITAMIN, VITAMIN C, OMEGA 6, PROTEIN

 Untuk wanita muda terutama yang lingkungan umur awal 20-an dan belum berkahwin atau belum ada anak, biasanya masa ni adalah masa yang paling sesuai untuk kita kejar impian dalam studies/career. 

Masalah stress semasa study/kerja memang normal masa ni. Stress boleh menyebabkan perubahan hormon yang juga boleh menyebabkan masalah kulit, keletihan, period tak teratur dan jugak obesiti. 

Ramai wanita bersedia nak berkahwin dalam tempoh ni, so mestilah kena concern dengan kecantikan kan. Hehe. Sangat penting juga untuk wanita jaga kesihatan supaya ia bina asas kesihatan yang baik untuk future baby nanti. 



NUTRISI UNTUK WANITA SEBELUM DAN SEMASA HAMIL
MULTIVITAMIN, VITAMIN C, VITAMIN B, PROTEIN, CALCIUM, OMEGA-3, IRON
 Kesihatan ibu bakal menentukan kesihatan baby dalam kandungan. Jadi sangat penting wanita ambil vitamin macam B-Complex sebelum pregnant untuk mencegah kecacatan bayi seperti spina bifida. 

Masa pregnant, kebanyakan nutrisi dari badan ibu akan disalur kepada baby. Jadi sebab itulah kebanyakan ibu akan rasa kurang sihat bila badan sendiri tak cukup nutrisi. 

Bila mula saja pregnant, mulalah banyak masalah kesihatan datang. Datang morning sickness, sakit-sakit badan, cramp kaki, keletihan, sakit kepala dan macam-macam lagi masalah yang ada. 

Tapi kalau badan ibu cukup nutrisi, InsyaAllah banyak masalah dapat dikurangkan dan dapat menghadapi tempoh kehamilan dengan lebih sihat dan bertenaga. 

Perkembangan dan tumbesaran baby juga sempurna dan sihat. Saya sendiri amalkan Set Hamil Shaklee masa hamil anak keempat. Masa tu pun umur dah 37 tahun. Alhamdulillah saya tiada sebarang masalah sepanjang kehamilan sampai bersalin pun sangat mudah.

Jemput baca pengalaman saya di sini:-



NUTRISI UNTUK WANITA BERSALIN + MENYUSU
MULTIVITAMIN, VITAMIN C, PROTEIN, CALCIUM, OMEGA-3, IRON, ALFAFA
 
 

Tahniah atas kelahiran baby! Sekarang dah ada orang baru yang perlu dijaga selain diri sendiri dan suami. 

Jadi wanita lepas bersalin kenalah sentiasa sihat, fit, cergas bertenaga untuk menjaga orang-orang tersayang. 

Ibu WAJIB ambil nutrisi yang lengkap ye untuk elak berlaku kes meroyan. Maklumlah, sudahlah badan kehilangan banyak darah waktu bersalin, urat putus di sana sini, kurang tidur pula waktu dalam pantang.

Disamping itu,  dengan nutrisi lengkap, badan kita akan dapat menghasilkan SUSU IBU yang cukup dan berkhasiat untuk kesihatan baby. Bila ibu sihat, InsyaAllah baby juga akan sihat. 

Bagi saya sendiri, pengalaman bersalin dan menyusu kali pertama dan kedua (sebelum kenal Shaklee) memang banyak sangat cabarannya.

Syukur Alhamdulillah, pengalaman bersalin kali ketiga dan keempat dengan SET BERSALIN SHAKLEE, memang banyak membantu. saya sendiri rasa lebih sihat dan cergas bertenaga, susu badan meriah dengan izin Allah. 

Jemput baca pengalaman saya berpantang sebelum dan selepas kenal Set Berpantang Shaklee di sini: 



NUTRISI UNTUK WANITA BERUSIA
MULTIVITAMIN, OMEGA-6, PROTEIN, CALCIUM, OMEGA-3, POLYPHENOLS


Bagi wanita berumur 40 tahun ke atas, pada masa ni banyak nutrisi dalam badan yang dah hilang. Lebih-lebih lagi hormon biasanya akan terganggu lepas menopaus. 

Jadi waktu ni, ramai lah antara wanita akan rasa sakit-sakit lutut, pinggang, susah nak berjalan dan solat macam biasa. 

Dan ramai juga akan hadapi masalah penyakit 3 serangkai macam darah tinggi, diabetes dan jantung jika tak amalkan pemakanan dan nutrisi sihat dari awal. 

Jika Mak atau Nenek kita banyak alami masalah kesihatan, jom hadiahkan mereka dengan nutrisi sihat ni. Mudah-mudahan dapat bantu mereka menjalani sisa-sisa kehidupan mereka dengan lebih baik. InsyaAllah. 

Ooppsss, bukan mak atau nenek je. Saya sendiri pun dah 44 tahun, dah masuk golden years pun. Of coz saya sendiri WAJIB ambil semua ni.



CADANGAN VITAMIN SHAKLEE UNTUK KESIHATAN WANITA
  

Berdasarkan keperluan nutrisi di atas, ini adalah vitamin Shaklee yang kami cadangkan untuk setiap peringkat umur wanita. 

InsyaAllah, dengan mengamalkan nutrisi sihat Shaklee ni, seseorang wanita akan dapat menjalani kehidupan seharian dengan kesihatan yang lebih sempurna. 

Kalau nak dapatkan konsultasi PERCUMA dan HARGA TERBAIK, boleh hubungi saya yer. InsyaAllah saya akan bantu anda. 

Saya harap perkongsian ilmu ini dapat membantu SEMUA WANITA di luar sana, menjalani kehidupan seharian dengan lebih SIHAT, CERGAS, BERTENAGA dengan izin Allah. 

WANITA, KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA!! :)

Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk semua wanita, mohon anda share link ini dengan lebih ramai orang. Terima kasih. 

Thanks for reading!

~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION  BEST PRICE and BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!