Follow Us @kamharyatie

Tuesday 13 August 2013

Kisah Susu Ibu di dalam Al-Quran




Kenapa saya beria-ia dan bersungguh-sungguh nak melengkapkan penyusuan susu ibu untuk anak-anak saya sehingga 2 tahun? Jom kita baca tentang kisah susu ibu yang disebut di dalam Al-Quran. Entri ni saya ambil dari blog adik saya MariaFirdaus.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Assalamualaikum,

Hari ni Maria nak share tentang ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang SUSU IBU.

Alhamdulillah, masa pregnant anak sulung dulu, Maria banyak juga baca tentang kebaikan breastfeeding. So sebelum bersalin memang dah bercita-cita nak fully breastfeed.

Dan bila diteliti, rupa-rupanya banyak Allah ceritakan tentang susu ibu dalam Al-Quran.



“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Apa yang anda dapat simpulkan daripada firman Allah di atas?

Ayat ini sebenarnya berbentuk PERINTAH atau SURUHAN.

Maksudnya ia menjadi PERINTAH AGAMA supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan Ibu dan Anak.

Susu yang dimaksudkan pula, pastilah SUSU IBU dan bukannya makanan lain seperti susu lembu, susu formula atau bijirin bayi. (Klik untuk mengetahui Sejarah Susu Formula)

Ini kerana kalau yang dimaksudkan apa sahaja makanan bayi, tak payahlah Allah turunkan ayat ni. Fitrah sebagai ibu, mestilah kita akan bagi makan pada anak kan. Takkan nak biarkan anak kelaparan pulak.

Tapi ayat di atas adalah khusus untuk SUSU IBU, sebab ia makanan terbaik yang Allah ciptakan khas untuk bayi, berbanding lain-lain makanan bayi.

Bagi Maria, ayat di atas lah yang telah memberi motivasi kepada Maria untuk berusaha bersungguh-sungguh menyusukan anak-anak Maria dengan susu badan sahaja selama 2 TAHUN. 

 
Betapa banyaknya kebaikan Susu Ibu kepada bayi. Sanggupkah kita sebagai ibu bapa menafikan HAK ANAK kita mendapatkan yang terbaik untuk dirinya?
Breastfeeding memang TIDAK MUDAH pada mulanya, terutama untuk pengalaman anak sulung. Tapi Maria dah berazam, walau apa pun yang terjadi, Maria takkan sekali-kali memberi susu formula kepada anak sehinggalah berumur 2 tahun.

Memang banyak halangan dan cabaran yang Maria hadapi untuk fully breastfeeding. Sebagai ibu berkerjaya, setiap hari terpaksa berjauhan dengan baby selama 12 jam. Masa anak sulung, belum kenal vitamin Shaklee lagi, so rasa letih memang tak tau nak describe macam mana.

Ini termasuk terpaksa berjauhan dengan Farees selama 2 minggu untuk menunaikan Umrah semasa Farees berumur 10 bulan. Maria dapat meninggalkan 1 freezer yang penuh dengan susu yang telah dipam dan dibekukan. Ini adalah hasil usaha gigih mengepam setiap hari, siang dan malam, selama 3 bulan mengumpul stok susu sebelum menunaikan umrah.

Alhamdulillah, stok ini pun hanya cukup-cukup untuk Farees dari waktu kami bertolak ke Mekah sehingga pulang ke Malaysia. Kisah ini ada Firdaus ceritakan dalam Travelog Umrah kami (klik di SINI)

Tapi syukur Alhamdulillah, dengan ilmu penyusuan yang betul, doa dan semangat juang yang tinggi, Maria berjaya juga fully breastfeed anak pertama, Muhammad Farees sehingga berumur 2 tahun dalam segala kepayahan.

Untuk pengalaman menyusu anak kedua, sekarang ini adalah lebih mudah. Muhammad Fateh sekarang berumur 8 bulan, dan masih fully breastfeed. Ditambah dengan bantuan supplemen SHAKLEE, badan sentiasa rasa cergas, mudah menyusukan dan susu pun lebih banyak.

Syukur Alhamdulillah, setakat ini anak-anak kami semuanya sihat dan cerdas. Kalau demam atau selsema pun, tidak teruk dan cepat juga sembuh. Mudah-mudahan Allah terus memberikan nikmat kesihatan kepada kami sekeluarga.

Kalau saya tetap tak boleh menyusu, boleh ke terus bagi susu formula?

Untuk masalah ini, mari kita baca firman Allah seterusnya dalam ayat yang sama:-

“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. 

Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." 

Surah Al-Baqarah, ayat 233
Dalam ayat ini, menunjukkan kalau ibu kandung ada masalah yang menyebabkan langsung tidak boleh menyusu, ibu boleh berhenti menyusukan sebelum bayi berumur 2 tahun.

Tapi mestilah dikenalpasti dulu faktor kenapa ibu tu tak dapat menyusukan bayi. Kalau disebabkan tiada susu atau bayi tak mahu menyusu, perlulah dapatkan nasihat pakar terlebih dulu. Itu bukan ALASAN mudah untuk terus memberi susu formula.

Penyusuan perlukan ILMU. Jika cukup ilmu dan teknik yang betul, usaha yang gigih, InsyaAllah ibu pasti berjaya menyusukan bayi.

Tapi kalau tak mahu menyusukan sebab nak JAGA KECANTIKAN atau MALAS dengan hal-hal susu ibu yang leceh, agak-agak kita ikut tak suruhan Allah dalam ayat yang mula-mula tadi tu?

Melainkan si ibu menghadapi komplikasi kesihatan atau halangan yang betul-betul tak dapat dielakkan, barulah pergi kepada alternative IBU SUSUAN pula.

Ini satu lagi ayat Al-Quran yang berkaitan ibu susuan:-

”Dan Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”
Surah At-Thalaq, Ayat 6
Jadi susu badan tetap sepatutnya menjadi makanan utama bayi, bukannya susu formula atau makanan lain buatan manusia.

Dan kalau memang dah tiada ibu susuan yang dijumpai dalam dunia ni, mungkin barulah kita boleh fikirkan tentang susu formula. Hmmm..

Dan yakinlah, jika Allah dah perintahkan sesuatu, pasti dan pasti ada hikmah dan kebaikan yang Allah nak berikan kepada kita. Tugas kita berusaha yang terbaik untuk mentaati perintah Allah itu.

Breastfeeding bukan saja baik untuk bayi, tetapi juga kepada ibu yang menyusu itu sendiri.




Semoga entry ini dapat MEMBUKA HATI dan MINDA kita semua tentang kepentingan susu ibu seperti yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran.  

Thanks for reading!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi saya untuk:-  
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



No comments:

Post a Comment