Follow Us @kamharyatie

Showing posts with label Penyusuan Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan Susu Ibu. Show all posts

Friday, 26 August 2016

KEAJAIBAN CECAIR EMAS - PART 1

Friday, August 26, 2016 0 Comments

Assalamualaikum,

Harini saya nak share info tentang keajaiban susu ibu yang ramai orang tak tahu. Walaupun saya adalah seorang ibu menyusu dan pernah berjaya menyusukan anak-anak saya sendiri sehingga 3 tahun, tapi info ini antara info yang saya sendiri tak pernah tahu sebelum ini.

Saturday, 11 July 2015

9 PUNCA UTAMA SUSU BADAN MERUNDUM?

Saturday, July 11, 2015 0 Comments
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog Mommy Shahab. Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Sejak akhir-akhir ni, ramai ibu menyusu yang mengadu susu merundum. Saya kira mungkin sebab puasa. Makan kurang dan air pun kurang. Tapi ramai juga yang mengadu susu merundum sebelum bulan puasa lagi. 

So bila susu merundum di saat bukan bulan puasa atau di saat ibu tidak berpuasa, banyak faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi penghasilan susu dan seterusnya menyebabkan susu sedikit menyusut atau merudum.

Rata-rata ibu mula panik. Ibu-ibu sibuk mencari alternatif untuk boost semula susu badan. Tapi, tak ramai yang tahu, punca kenapa susu badan merundum.

So harini saya nak share beberapa punca utama kenapa susu badan mula terjejas. Mohon para ibu faham ye. Ini salah satu ILMU PENYUSUAN yang WAJIB anda tahu. 

Kenalpasti apakah punca penghasilan susu merudum dan cuba atasinya dengan sebaik mungkin. Berikut saya kongsikan beberapa punca yg mungkin boleh menyebabkan susu merudum:


#1 SUPPLY vs DEMAND 

Ibu gagal memenuhi konsep penyusuan "demand dan supply". Rata-rata ibu gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui 'direct feed' atau pam. Ini antara beberapa kesilapan yg para ibu lakukan.

Pam tidak konsisten atau jarak masa antara sesi pam terlalu jauh
- Ibu digalakkan untuk mengosongkan/pam payudara setiap 2-3 jam sekali bagi menghantar signal pada otak untuk terus menghasilkan susu.Kurang rangsangan maka kurangla supply.

Pam hanya bila breast penuh atau breast bengkak
- Bila ibu pam semasa breast dah penuh atau bengkak, badan ibu akan memberi signal kepada otak bahawa bayi tak perlukan banyak susu. Jadi secara automatik badan akan menghaailkan susu yang sedikit. Jika cara ini yang ibu amalkan susu memang akan drop.

Pam ikut suka hati bila boleh
- Saya galakkan ibu buat jadual pam ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab perjalanan penyusuan setiap ibu berbeza. Ikut jadual pam itu dengan konsisten agar badan akan terlatih dan faham bila perlukan susu.Walaupun breast rasa lembik atau bila pam hanya sedik hasilnya kena pam juga ya.
 

Pam bila susu keluar dan berhenti bila susu stop mengalir
- Ini memang konsep yang salah! Walaupun susu dah stop mengalir teruskan pam kerana di hujung sesi pam ibu mungkin mengalami let down' sekali lagi.


 

 
#2 STRESS
 
Lumrah kehidupan, kita tidak boleh lari dari stress, tapi apa yg boleh kita lakukan ialah bagaimana untuk menangani stress.


Dari segi penyusuan, STRESS adalah “musuh ketat” yg boleh menganggu penghasilan susu. Sekiranya ibu stress, susu pun jadi malu dan segan nak keluar. Jadi ibu semua perlu tangani stress anda dengan bijak. Jika tidak, penghasilan susu makin lama akan makin menyusut. 

 
Hormon Penyusuan - Oksitosin dan Prolaktin

 
Penyusuan susu ibu berkait rapat dengan 2 hormon iaitu oksitosin (merangsang susu keluar) atau ia juga dipanggil hormon gembira, dan hormon prolaktin (menghasilkan susu).

Hormon Oksitosin
Ini adalah hormon yang merangsang pengeluaran susu. Badan ibu akan mengeluarkan hormon oksitosin sebaik sahaja baby mula menghisap. Hormon ini dikaitkan sebagai Happy Hormone. Hormon Oksitosin ini kemudiannya akan merangsang Kelenjar Pituitari untuk merembeskan Hormon Prolaktin.

Hormon Prolaktin
Ini pula adalah hormon yang menghasilkan susu. Bila hormon prolaktin dirembeskan, maka susu akan mula terhasil. Jika si ibu dalam keadaan stress dan susah hati, hormon oksitoson tidak terhasil dan menyebabkan hormon prolaktin juga tidak dapat dirembeskan.

So, sebelum memerah, tenangkan diri dan ambil masa dalam 5 minit untuk rehatkan minda dan bayangkan si comel anda. Ibu juga digalakkan tengok video atau photo anak semasa mengepam. Minum segelas air suam dan perahlah sambil berzikir (bagi yg beragama Islam). So, always be happy & be positive!




#3 TEKNIK PENYUSUAN SALAH

Teknik menyusu yang salah boleh menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tidak betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.

Posisi penyusuan yang betul sangat penting bagi menjamin anak dan ibu selesa sewaktu sesi penyusuan berlangsung dan baby dapat menyusu dengan tenang dan puas.





#4 PONTENG SESI MENGEPAM

Ini biasanya berlaku bagi ibu yang bekerja, alasannya terlalu sibuk dan tiada masa untuk memerah dan ada juga ibu-ibu yg berasa malu untuk membawa peralatan untuk memerah dan sanggup untuk tidak memerah. 

Ponteng mengepam adalah salah satu PUNCA UTAMA susu merundum. Sangat penting untuk ibu semua ikut jadual memerah (tidak lebih dari 3 jam) supaya penghasilan susu dapat terus dihasilkan dengan baik dan susu tidak menyusut.

Sekarang ada banyak jenis pam susu yang boleh pam serentak dan boleh dilakukan semasa kita bekerja. Jika lokasi cubicle anda tersorok, bonus bagi anda dan sepatutnya proses mengepam menjadi lebih mudah dan cepat tanpa mengganggu tugas anda.


Contoh saya dulu, bila saya mula bekerja lepas habis pantang, saya akan inform bos dan team member, waktu yang saya tak available untuk join meeting sebab saya perlu pam susu. Alhamdulillah mereka semua memahami malah mereka support untuk saya teruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya.

Ada juga ibu yg sanggup tunggu hingga Cik “B” bengkak dan penuh dengan susu, baru hendak perah. Konsep ini adalah SALAH kerana bila Cik “B” bengkak, ini akan menyukarkan proses memerah dan bila ia berlaku setiap hari, signal akan dihantar untuk hentikan penghasilan susu kerana tiada permintaan.

Macam mana ia berlaku. Saya bagi analogi paling mudah. Bila anda makan di hotel, waiter akan sentiasa perhatikan gelas anda masih berisi air atau tidak. Jika gelas anda masih penuh, waiter tidak akan tuang air lagi. Tapi bila gelas anda kosong, waiter akan terus  tuangkan air dan pastikan gelas anda sentiasa penuh. 

Faham kan? So, sama je konsep dengan penghasilan susu. Selagi anda tidak kosongkan breast, selagi itu lah susu tidak akan terhasil. Once anda pam dan breast anda kosong, susu akan mula dihasilkan.

Ketika di rumah, sentiasa susukan si manja anda secara langsung (DF) mengikut permintaan si manja anda. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.
 

#5 TIDAK CUKUP REHAT

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga boleh menyebabkan susu merudum. Oleh itu, cuba dapatkan rehat yg secukupnya.  Kena pandai 'curi masa' untuk berehat. Mungkin ketika bayi tidur anda juga boleh “take nap” sekejap.

Macam saya, waktu menyusu adalah waktu saya berehat. Saya suka menyusukan anak-anak saya dengan cara baring mengiring. Biasanya baby menyusu dalam tempoh 20 minit dan saya ambil peluang waktu tu untuk tidur sebentar. So takkan ada isu tak cukup rehat ye.


Dalam hal ni, para bapa mesti memainkan peranan untuk bantu apa-apa yang patut ketika ibu sedang menyusu. So tolong beri kerjasama anda. Bila anak kita dapat fully brestfeed, anda jugak yang untung sebab tak payah keluar duit beli susu formula. :P




#6 MASALAH HORMON DAN KESIHATAN

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, sila minta nasihat doktor jika anda masih ingin meneruskan penyusuan. Ada sesetengah ubat dan antibiotik yg diambil mungkin boleh menganggu penghasilan susu dan penyusuan baby anda.  

Secara alternatifnya anda bolehlah mengambil suplemen semulajadi untuk membantu dalam masalah kesihatan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda  demam boleh cuba ikhtiar dengan pengambilan 2-3 biji Vitamin C (500mg).  Sekiranya badan anda tidak sihat, ia boleh menganggu penghasilan susu. 

Ketidakseimbangan hormon juga banyak mempengaruhi penghasilan susu. Ada juga ibu yang susunya sedikit menyusut tatkala datang bulan (haid/period). Salah satu faktor yg dikatakan penyebab kepada situasi ini adalah kalsium di dalam darah kita akan berkurangan setiap kali kita datang bulan. 

Jadi pengambilan kalsium secukupnya dalam diet harian kita sangat penting. Anda boleh cuba Ostematrix dari Shaklee sebagai ikhtiar.




#7 PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Pil perancang dikatakan boleh memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu. Tapi, tak semua kaedah merancang menyebabkan susu merundum.

Ada beberapa jenis pil perancang yang selamat diambil untuk ibu menyusu dan tidak akan mengganggu penghasilan susu badan. Sila minta nasihat gynae untuk dapatkan pil perancang yang sesuai untuk anda.
Antara pil perancang yang selamat diambil oleh ibu menyusu tanpa menganggu penghasilan susu adalah Noriday.


#8 TEKNIK MENGEPAM SALAH / ATAU TIDAK CEKAP

Ibu perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kalau salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. 

Teknik Marmet (perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Cuba lakukan servis berkala untuk memastikan kecekapan pam anda sentiasa terjaga dan supaya proses pengepaman dapat berjalan lancar. 

Nak tahu bagaimana teknik marmet dilakukan, bole baca di blog MyLittleyYaya

Ramai juga ibu-ibu yang mengadu, bila pam rasa sakit dan susu yang keluar sikit je. Punca utama ialah penggunaan pam yang tidak sesuai. Bila menggunakan pam yang tidak sesuai, suction jadi  menyakitkan, pumping tak optimum dan hasil perahan juga sedikit.

Jika ada budget, adalah lebih baik anda menggunakan double pump. Ini kerana masa 'let down' kedua dua breast akan keluarkan susu. Jadi jika kedua dua belah breast dirangsang serentak, hasilnya pun banyak. Biasanya bila guna single pam sedelah breast dapat banyak sebelah lagi sikit. 

Bagi saya pula, saya lebih suka pam manual. Sebab di mana-mana sahaja saya boleh pam tanpa perlu power elektrik. Ke mana-mana sesuai dibawa dan sangat sesuai untuk saya. Proses mengepam sangat mudah. Dalam masa 20 minit saya boleh dapat 8oz-10oz susu.


My favorite breast pump. Pam jenis ini lah yang saya guna selama 6 tahun tanpa henti, dari anak pertama hingga anak ketiga. Saya beli pada harga RM220 sahaja. Alah membeli, menang memakai.

#9 PEMAKANAN TIDAK SEIMBANG

Ibu menyusu wajib mengamalkan pemakanan seimbang. Perlu cukup dan lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Dan perlukan kalori yg cukup setiap hari kerana menyusu memerlukan kalori dan tenaga yg tinggi. 

Tapi kebanyakan ibu sekarang, terutamanya ibu bekerjaya dan selalu sibuk tidak mampu untuk mengamalkan pemakanan seimbang mengikut kumpulan makanan yang betul dan berkhasiat. Apa lagi selalu makan fast food atau yang simple food sekadar hilangkan lapar.

Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Sebab tu para ibu menyusu disarankan mengambil suplemen atau makanan tambahan untuk menampung keperluan nutrisi dan melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan. 

Ibu menyusu sangat tidak digalakkan untuk mengambil air minuman bergas serta air berkafein, kerana kafein juga boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu. Begitu juga air sejuk. Seelok-eloknya minum air suam sahaja. Kalau nak minum air sejuk sekali sekala tak pe. Tapi jangan setiap hari.

Ibu yang menyusukan anak disarankan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Ini kerana komponen utama susu ibu adalah air. Jika badan ibu sendiri tidak cukup air, macam mana nak menghasilkan susu, betul tak?

Seperti yang sedia maklum susu ibu yang terhasil bergantung kepada apa yang yang ibu makan. Jadi jika badan ibu itu sendiri tidak cukup nutrien, bagaimana pula badan ibu menghasilkan susu. Bila badan ibu sihat dan cukup nutrien badan akan berfungsi dengan baik, dengan itu, badan ibu juga dapat menghasilkan susu dengan baik dan berkualiti. 

Sebenarnya ada beberapa signal yang menunjukkan badan kita kekurangan nutrisi dan  para ibu sendiri boleh tahu dan rasa. Untuk mengetahui apakah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ibu itu kekurangan nutrisi, sila rujuk entry di sini...

IBU MENYUSU: SIGNAL BILA KURANG NUTRISI (sila klik)



NASIHAT SAYA

Akhir sekali, saya nasihatkan kepada semua ibu-ibu menyusu di luar sana, pastikan anda sentiasa belajar tentang ilmu penyusuan untuk pastikan anda mampu dan berjaya menyusukan anak-anak sepenuhnya sehingga berumur 2 tahun. 

Memang ramai ibu yang terus mencari alternatif dan terlalu bergantung harap pada milkbooster. Perlulah diingat bahawa milkbooster atau suplemen bukanlah magic yang terus boleh banyakkan stok susu anda dengan sekali pengambilan sahaja (ramai yg terus mahukan kesan dalam 1-2 hari pengambilan sahaja).

Perlu berikan masa untuk suplemen bertindakbalas dengan badan anda. Tapi at the end of the day, semuanya bergantung atas usaha anda sendiri, dan yg penting jangan sekali-kali lupa konsep asas penyusuan susu ibu itu sendiri. Pastikan anda bersedia dahulu sebelum terjadinya situasi sebegitu. 
 
Pada siapa yang belum pernah baca pengalaman saya menyusu ketiga-tiga anak saya, jemput baca di sini:

Pengalaman Berharga Sepanjang Tempoh Penyusuan (sila klik)


Untuk maklumat lanjut mengenai set penyusuan yang mana yang sesuai untuk anda, sila klik di sini:

Set menyusu yang mana yang patut saya ambil? (sila klik)


Paling penting, senjata kita sebagai orang Islam, adalah DOA. Sentiasa berdoa setiap hari mohon Allah permudahkan proses penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Doa ni tak kisah nak buat ayat macam mana. Tapi kalau takde idea, boleh try doa macam ni.


Jumlah penghasilan susu setiap ibu tidak sama. Ada yang banyak melimpah ruah sampai terlebih-lebih. Tapi ada juga yang takde lah melimpah, tapi memang cukup untuk keperluan anak tu sehingga berjaya lengkapkan penyusuan 2 tahun setengah.


* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
 

Thanks for reading! 



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Sunday, 25 January 2015

IBU MENYUSU: SIGNAL BILA KURANG NUTRISI

Sunday, January 25, 2015
Assalamualaikum semua pembaca blog Mommy Shahab,

Anda tahu tak? Kehilangan nutrisi di dalam badan adalah salah satu risiko yang terpaksa ditanggung oleh ibu hamil dan ibu menyusu. Dan memastikan badan ibu cukup nutrisi adalah cabaran yang perlu ditempuh sepanjang proses kehamilan dan penyusuan. 

Thursday, 15 August 2013

Kisah Nabi Musa dan Susu Ibu

Thursday, August 15, 2013 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ini adalah sambungan daripada entri sebelum ini Kisah Susu Ibu Di Dalam Al Quran

Pernahkah anda membaca kisah Nabi Musa A.S. yang diceritakan di dalam Al-Quran. Nabi Musa A.S. telah dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil untuk menyelamatkannya daripada di bunuh oleh tentera Firaun.

Tapi, sedar tak kita, sebenarnya terselit kisah pengajaran tentang KEPENTINGAN SUSU IBU di dalam kisah ini? Mari kita baca kisah Yukabid, ibu kandung kepada Nabi Musa A.S. Sekali lagi saya petik dari blog adik saya. Credit to MariaFirdaus. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yukabid mengandungkan Musa ketika Firaun memerintahkan anak lelaki kaum Bani Israel dibunuh kerana bimbang anak lelaki akan menentang dan mengambil kekuasaannya. 

Suatu ketika, Yukabid mendengar perintah Firaun itu. Alangkah sedihnya hati Yukabid kerana dia sedang sarat mengandung waktu itu. Yukabid terpaksa bersembunyi sahaja di rumah agar kandungannya tidak diketahui orang. 

Sehinggalah tiba masanya, Yukabid pun melahirkan anaknya. Alangkah terkejutnya dia apabila anak yang dilahirkannya itu adalah anak lelaki. 

Walaupun berasa takut dengan perintah Firaun, seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan nyawa anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya itu menjadi korban undang-undang yang diperintahkan oleh Firaun yang zalim dan kejam. 

Yukabid berjaya merahsiakan kelahiran Musa selama tiga bulan daripada pengetahuan Firaun dan tentera-tenteranya. 

Walau bagaimanapun, hatinya tidak pernah tenteram melihat anaknya yang semakin membesar. Dia risau akan keselamatan Musa. 

Dalam kerisauan itulah, Allah Yang Maha Berkuasa telah memberi ilham kepada Yukabid agar membuat sebuah peti. Lalu Allah SWT memerintahkan agar Nabi Musa dimasukkan ke dalam peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil.
"Dan Kami ilhamkan kepada ibunya Musa, “SUSUILAH DIA (Musa) dan apabila engkau khuatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah engkau takut dan jangan (pula) bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikan padamu, dan menjadikannya salah seorang rasul” – Surah Al-Qashash, Ayat 7
Dalam ayat ini, Allah memerintahkan Yukabid untuk MENYUSUKAN bayinya sehingga kenyang terlebih dahulu, sebelum dihanyutkan.
Cuba bayangkan, sanggup tak seorang ibu nak menghanyutkan anak dalam keadaan menangis ketakutan dan kelaparan?
Secara saintifiknya, hormon 'Oxytocin' atau hormon 'penenang dan kasih sayang' dirembeskan ketika menyusu. Jadi kedua-dua ibu dan anak akan merasa tenang dan gembira ketika penyusuan.
Maka, dengan hati yang tenang dan sabar tanpa tangisan si kecil, Yukabid pun menghanyutkan Musa ke sungai Nil seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya. Peti itu dihanyutkan oleh arus sungai sehingga sampai ke istana Firaun.
Kebetulan pada hari itu, Asiyah permaisuri Firaun sedang bersiar-siar bersama dayang-dayangnya. Ketika sedang bersiar-siar itu, Asiyah menyuruh dayang-dayangnya mengambil sedikit air dari Sungai Nil.
Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada sebuah peti di sisi kaki mereka. Lalu diambil peti itu dan dibawakan kepada Asiyah.
Maka Asiyah terus membuka peti itu dan dilihatnya da seorang bayi di dalamnya. Apabila melihat akan wajah bayi itu, timbul rasa cinta dan kasih dalam hatinya terhadap bayi itu. Asiyah mengambil bayi itu dan dibawanya pulang istana.
Tiba sahaja di istana, Asiyah meminta keizinan Firaun untuk membela bayi itu. Pada mulanya Firaun tidak mengizinkan Asiyah mengambil bayi itu tetapi setelah dipujuk, akhirnya Firaun bersetuju.
Setelah mendengar tangisan kehausan bayi itu, Asiyah berasa kasihan lalu disuruhnya Firaun mencarikan seorang wanita yang dapat menyusukan bayi itu. (Yelah, pada masa itu mana ada susu formula kan..)
Akan tetapi seorang demi seorang wanita yang datang untuk menyusukan bayi itu telah ditolak oleh bayi tersebut.

” Dan Kami cegah dia (Musa) menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusui(nya)  sebelum itu.” – Surah Al-Qashash, Ayat 12
Bayi itu tidak mahu disusukan oleh mereka kerana dia sudah pun merasai "the first taste of mother's milk", iaitu susu ibunya sendiri.
Sehinggalah berita ini diketahui oleh saudara Musa, Mariam. Lalu Mariam datang ke istana dan memberitahu kepada dayang-dayang Asiyah bahawa dia boleh membawakan seorang ibu yang boleh menyusukan dan mengasuh bayi itu.
Mendengar sahaja berita daripada dayang-dayang itu, Asiyah memerintahkan agar bayi itu dibawa ke rumah Yukabid.

” Maka Kami kembalikan dia (Musa) kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati; dan agar dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya” – Surah Al-Qashash, Ayat 13

Yukabid menyambut anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Bayi itu terus minum susu ibunya sehingga kenyang. Alangkah seronoknya hati Yukabid. Allah SWT telah mengembalikan anaknya, Musa kepadanya kerana kesabaran dan ketabahan mengikut perintah-Nya.
 

Pengajaran daripada kisah Nabi Musa ini, marilah kita semua kembali kepada FITRAH.  Seorang bayi pasti memerlukan SUSU IBU sebagai pelengkap kehidupannya.  

Para ibu, berusahalah bersungguh-sungguh untuk menyusukan bayi kita selama 2 tahun. Yakinlah Allah akan mengurniakan ganjaran yang besar atas usaha kita ini.   

Mari kita dengar Nasyid tentang kisah Ibu Nabi Musa bernama Yukabid.

Credit to:
SaraKids
LanunSepet
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Thanks for reading!

Jika anda rasa kisah ini bermanfaat untuk orang lain terutamanya ibu-ibu, sila click LIKE Button di bawah. Semoga ianya akan menjadi ilmu yang bermanfaat dan pencen kubur kita semua. Amin. 

Tuesday, 13 August 2013

Kisah Susu Ibu di dalam Al-Quran

Tuesday, August 13, 2013 0 Comments

Kenapa saya beria-ia dan bersungguh-sungguh nak melengkapkan penyusuan susu ibu untuk anak-anak saya sehingga 2 tahun? Jom kita baca tentang kisah susu ibu yang disebut di dalam Al-Quran. Entri ni saya ambil dari blog adik saya MariaFirdaus.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Monday, 12 August 2013

Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)

Monday, August 12, 2013 0 Comments

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi.

Tahukah anda apa itu Hospital Rakan Bayi? Secara praktikalnya, sebuah Hospital Rakan Bayi akan menggalakkan dan membantu ibu-ibu menyusukan bayi-bayi mereka dengan mengamalkan polisi 10 Langkah ke Arah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya yang telah dikeluarkan oleh UNICEF dan WHO.

Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan?

Polisi ini menyatakan..."Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan."

Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital yang menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu.

Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
  1. Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
  4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
  5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
  6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
  8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
  9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.
Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. 

Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksanakan TANGGUNGJAWAB tersebut.

Kepada semua ibu terutama ibu-ibu yang berkerjaya, laksanakan tanggungjawab anda sekarang juga. Ikhtiar harus ada untuk pastikan anak-anak kita mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya sehingga anak berumur 2 tahun. 

Itu adalah hak mereka yang kita tidak boleh nafikan. Kepada para bapa juga, anda adalah orang yang paling penting dalam menyokong isteri anda sepanjang tempoh penyusuan. 


Berminat untuk mendapatkan Set Menyusu Shaklee sekarang? 

Hubungi saya segera untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 

Set Menyusu Shaklee

Monday, August 12, 2013
Sejak khasiat susu ibu mula ditekankan oleh Kementerian Kesihatan, WHO dan UNICEF, lebih ramai ibu-ibu yang berkerjaya telah berjaya menyusukan bayi mereka secara ekslusif paling kurang selama 6 bulan. 

Saya sendiri antara ibu berkerjaya yang telah berjaya melengkapkan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Saya mengamalkan pengambilan Set 3M Breastfeeding (Complete) dan mematuhi Konsep Asas Penyusuan sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan.

Saturday, 27 July 2013

Pengalaman Berharga Sepanjang Tempoh Penyusuan

Saturday, July 27, 2013 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya rasa sangat bersyukur kerana saya antara insan yang dapat menyusukan anak-anak saya dengan susu badan saya sendiri. Walaupun berbeza mengikut peringkat dan ilmu penyusuan, ketiga-tiga anak saya telah mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Kali ini, saya nak cerita tentang pengalaman berbeza tempoh penyusuan ketiga-tiga anak saya.