Follow Us @kamharyatie

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, 8 August 2018

NAK BISNES SAMBIL BEKERJA? PASTIKAN ANDA FOLLOW 7 TIPS INI

Wednesday, August 08, 2018 0 Comments

Syoknya berniaga part time, gaji dapat, untung bisnes pun dapat.

Kalau orang Shaklee, bonus Shaklee masuk tengah bulan. Gaji masuk hujung bulan. Memanglah best. Tapi....haaaaaa ada tapi bagi anda yang nak berniaga secara part time.

Tak salah nak buat bisnes part time, tapi anda perlu tahu yang anda perlu cekap dan jangan sampai mengabaikan tugas hakiki atau kerja full time anda. Ada sesetengah tempat kerja sangat menghalang pekerjanya terlibat dengan aktiviti perniagaan.

Ada sesetengah syarikat pula, memang bagi support. Tapi dengan syarat tertentu. Contoh macam syarikat saya bekerja, memang support kalau staff nak buat bisnes. Tapi, bukan di dalam waktu bekerja.

Di luar waktu bekerja takpe. Buatlah bisnes apa pun. Sebab syarikat pun tahu, zaman sekarang ni, tinggal di bandar memang tak cukup kalau harapkan gaji semata-mata. Dalam keadaan ekonomi yang huru-hara ni, ramai orang terpaksa berbisnes sambil bekerja.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, bekerja full time, dan bisnes secara part time. Walaupun buat bisnes part time, dengan income yang masyukkkk, tapi berjaya perform di tempat kerja. Masih berjaya kekalkan prestasi dan KPI, berjaya mendapat title Specialist dan dinaikkan pangkat. 

Saya kongsikan dengan anda 7 Tips Bisnes Sambil Kerja. Semoga jadi inspirasi dan panduan untuk anda.



1. Pilih Jenis Bisnes Yang Tak Ganggu Kerja Hakiki


Mulakan dengan yang ringan-ringan dulu! Kita dah lah tak biasa nak berniaga, lepas tu nak berniaga sambil kerja pula tu. Besar tanggungjawabnya. Jadi kita mulakan dengan bisnes yang mudah-mudah dulu.

Mungkin boleh jadi agen tudung atau produk kecantikan, atau nak jual breakfast kuih muih/nasi lemak atau jual kerepek. Apa sahaja yang tak memerlukan modal yang besar atau tak memerlukan anda perlu bersusah payah.

Jika jual nasi lemak atau kuih muih breakfast, anda hanya jual pada waktu pagi sahaja. Jika jual kerepek, mungkin anda boleh upah kakak “tea lady” untuk jagakan untuk anda. Buat sesuatu yang simple.

Saya memilih bisnes Shaklee sebab modal kecil tapi untung besar. Tak perlu keluarkan duit beribu-ribu untuk mulakan bisnes Shaklee. Modal tak sampai RM100 kot! Masa saya daftar dulu FREE aje. And then boleh buat secara part time. 



2. Mesti Sanggup Korbankan Masa

Semua manusia ada 24 jam. Ada orang memanfaatkan 24 jam ini sehingga jadi jutawan, ada orang tak buat apa-apa dengan 24 jam yang ada. Anda? Bekerja dan berbisnes dalam 24 jam yang ada adalah sangat memenatkan.

Anda mungkin perlu korbankan waktu rehat dan tidur kerana di saat orang lain santai-santai tengok tv atau tidur, pada masa itulah anda akan busy buat persediaan untuk bisnes part time anda.

Jika anda berniaga makanan, waktu malam atau awal pagi lah waktu yang sesuai untuk anda membuat persediaan dan memasak makanan.

Macam saya yang berniaga online, waktu malam lah waktu yang sesuai untuk cek balik order dan pertanyaan yang saya terima pada waktu siang.

Jangan ganggu waktu kerja dengan berbisnes, itu tak baik namanya. Tak berkat gaji yang anda dapat nanti. Kita nak kan setiap wang yang kita dapat tu mendapat keberkatan. Baru lah bisnes boleh maju.




3. Jadualkan Posting

Jika anda berniaga online, dan anda ada FB Page, anda perlu pandai jadualkan posting-posting anda. Sediakan posting anda awal-awal dan jadualkannya. 

Anda perlu lakukan ini setiap hari, tanpa henti. Kerana posting anda ialah engagement anda dengan prospek dan pelanggan. Mungkin anda tak boleh buat ‘live video’ pada waktu anda bekerja jadi anda boleh je rekod dulu video tersebut dan jadualkannya.

Macam saya, posting saya adalah sebelum mula kerja, tengahari waktu lunch hour, petang lepas kerja dan waktu malam.

Sebab kami bisnes secara berjemaah, kami selalu share idea-idea untuk posting dalam group whatsapp. So, kami boleh gunakan semua material yang group kami contribute untuk buat posting di FB dan juga blog. Copy paste aje.



4. Lantik Pembantu Untuk Layan Pertanyaan/Order

Anda juga boleh lantik saudara mara, atau kenalan untuk bantu jadi admin page anda. So pada waktu anda bekerja pembantu anda ini boleh tolong layan PM, WhatsApp, Telegram, DM dan segala bentuk komunikasi di media sosial.

Taklah anda risaukan pelanggan akan lari bila anda hanya boleh layan mereka pada waktu malam sahaja.

Macam saya, saya ada template tertentu untuk saya reply pada customer. Ayat biasa saya reply, saya akan bagitau saya masih bekerja dan saya akan reply pada waktu tengahari atau lepas waktu kerja.

Untuk elak customer tertunggu-tunggu, biasanya saya akan bagi link blog saya untuk diorang baca. Ni pun strategi namanya. Sebab sibuk lah saya kene selalu update blog sebab ia adalah platform dan tempat saya berkongsi ilmu.

Waktu update blog, biasanya waktu tengah malam selepas anak-anak tidur. Saya akan bangun semula, spend 1 jam untuk update. Sambil-sambil tu dapatlah buat tahajud cinta sekali. :)




5. Hire Runner

Ini penting! Anda tak mungkin mampu nak berada di dua tempat pada satu-satu masa. Apa kata anda lantik seorang runner untuk bantu anda buat penghantaran barang.

Penghantaran barang bukan sahaja bermaksud anda hantar barang ke kawasan terdekat tapi juga untuk bantu anda berurusan dengan Pejabat Pos atau lain-lain perkhidmatan penghantaran yang besar.

Runner anda juga boleh membantu anda untuk buat tugasan lain seperti ambil stok, pembayaran bil, dan lain-lain lagi. Jika anda berniaga sambil bekerja, tanpa bantuan runner…anda boleh kejung sendiri nanti.

Macam saya, buat bisnes Shaklee. Bila customer order, kita klik klik saja Shopping di www.shaklee2u.com.my. Shaklee yang akan poskan barang terus ke depan pintu rumah customer. Saya tak perlu susah-susah ke pejabat pos lagi dah. Banyak jimat masa. 

Boleh juga buat sedikit stock di rumah. Sebab kalau ada customer yang tinggal berdekatan nak Cash On Delivery, boleh terus hantar selepas waktu kerja.

Jangan kata orang yang bekerja je boleh buat, suri rumah yang sangat sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah tangga juga boleh buat tau. Student pun ramai yang dah join bisnes Shaklee dan menjana pendapatan hingga 4 angka sebulan.



6. Jadualkan Masa Untuk Belajar Atau Lantik Agen

Banyak perniagaan ditimpa masalah bila peniaga tidak ada masa untuk upgrade ilmu dan tak turunkan ilmu kepada stokis, agen dan dropship. Ramai juga peniaga yang gagal untuk meluangkan masa untuk berhubung dengan stokis, agen dan dropship.

Inilah akan jadi punca stokis, agen dan dropship anda lari kepada bisnes lain. Anda tak luangkan masa untuk bersama dan mendidik mereka.

Oleh kerana anda masih lagi bekerja, anda kena pandai bahagikan masa, mungkin beberapa kali seminggu untuk berhubung dengan mereka. Jangan lupa, anda juga perlu cari masa untuk upgrade ilmu anda sendiri.

Group saya sendiri ada kelas-kelas online yang kami buat untuk anak-anak buah downline semua belajar tentang ilmu produk Shaklee, kelas Nutrisi, kelas bisnes, coaching. Semua kami buat secara online dan waktu adalah di luar waktu kerja atau weekend.

Kami selalu buat cross coaching. Setiap orang contribute untuk memberi dan berkongsi. Mentor akan buat jadual dan assign task bergilir-gilir kepada setiap orang.

Kena put extra effort untuk sediakan material. Material juga kena buat di luar waktu kerja. Buat sedikit demi sedikit sampai siap. Tak siap harini, sambung esok. Kene pandai manage masa.


7. Jangan Salah Guna Waktu Kerja

Kesalahan utama bagi orang berbisnes sambil bekerja ialah mengabaikan tugas di tempat kerja sebab nak berniaga. Jadi anda perlu bijak nak settlekan urusan kerja tanpa mengabaikan perniagaan anda.

Jika anda betul-betul berminat untuk berniaga dan anda rasa perniagaan anda boleh pergi jauh, set satu target bila anda mahu berniaga sepenuh masa.

Pastikan simpanan anda cukup dan yang penting pastikan anda ada cukup ilmu untuk menjalankan perniagaan, memasarkan perniagaan dan menguruskannya dengan lebih sistematik.

Saya pula masih lagi bekerja walaupun income part time bisnes juga sudah hampir sama dengan gaji full time atau lebih. Sebab apa, sebab kerja hakiki saya ini adalah passion saya. Saya sangat suka dengan kerja saya. Saya memang akan pulun dan kerja sungguh-sungguh untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Jemput baca kenapa saya buat bisnes walaupun dah ada kerjaya.

Kenapa Saya Buat Bisnes Walaupun Ada Kerja Tetap?



Alhamdulillah, saya masih lagi berjaya kekalkan prestasi dan KPI saya. Bos pun takde masalah dengan kita. Bila bos nampak kita perform, diorang siap bagi support lagi bisnes part time kita. Almost semua bos saya beli suplemen dari saya.

Sebab bisnes part time saya adalah benda yang membantu semua orang dapatkan kesihatan yang lebih baik. Bila staff sihat, of cause boleh bekerja dengan lebih baik, jarang sakit, jarang MC. So at the same time membantu syarikat juga. 
 
Ingat, kita berniaga bukan setakat untuk cari wang dapur tetapi untuk lebih memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekitar. Jika berlaku pertembungan, dahulukan kerja hakiki. Keberkatan amat penting untuk kebahagiaan berpanjangan.

Apa pun, selalu mohon pada Allah permudahkan segala urusan kerja hakiki dan juga bisnes part time kita. Kita rancang sebaiknya, betulkan niat kerana Allah, Allah pasti akan uruskan selebihnya. 

Let's do the best, Allah will do the rest!

Saya doakan anda semua diberi peluang oleh Allah untuk menikmati peluang buat bisnes dan dalam masa yang sama, berjaya di dalam kerjaya masing-masing.

Wassalam.

Credit azizanosman.com


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 

Wednesday, 13 August 2014

Tips Capai 5A Di Dalam UPSR - Koleksi Kertas Soalan Percubaan UPSR Peringkat Negeri

Wednesday, August 13, 2014
Assalamualaikum,

Saya doakan semua pembaca blog Mommy Shahab sentiasa sihat di bawah lindungan rahmat Allah. Harini nak bagi tips bagaimana untuk dapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR. 


Semalam kakak saya datang rumah membawa 'tentera' nya seramai 9 orang. Hehehe....Kakak saya Kam Rafidah ada 9 orang anak, sorang ibu muda yang cukup hebat di mata saya. Zaman sekarang susah nak cari orang yang ada anak seramai ini. Betul-betul memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi.

Semasa kami berborak-borak, saya nampak anak buah saya yang sulung, Wijdan Syukran keluarkan buku dan terus buat homework. Terus saya tegur dia, "Rajinnya Syukran buat homework". Syukran jawab "Syukran kan nak UPSR".

Owh! Baru saya perasan yang anak buah saya ni bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada 9 September 2014. Tiba-tiba abah saya pula tegur. "Syukran kene cari soalan-soalan UPSR tahun-tahun lepas, lepas tu praktis selalu. Selalunya soalan lebih kurang je". 

Untuk kali ni, saya nak kongsi dengan anda, koleksi kertas soalan percubaan UPSR bagi peringkat negeri untuk tahun 2014 dan juga soalan tahun-tahun lepas. Biasanya soalan percubaan lebih susah dari soalan sebenar. Jika mereka boleh menjawab soalan-soalan percubaan ini, Insyaallah mereka akan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan sebenar nanti.

Sila klik di link berikut: 

 



Cadangan saya, kita support anak-anak kita, anak-anak buah, adik, atau anak jiran untuk buat latih tubi ini berulang-ulang hingga hari peperiksaan. Sebelum menjelang peperiksaan,  kita didik mereka untuk memohon maaf kepada kedua ibu bapa, adik beradik, atuk nenek dan seluruh ahli keluarga. Juga mohon doa dari ibu bapa dan seluruh ahli keluarga untuk kejayaan mereka.

Sebelum kakak saya pulang semalam, Syukran mengambil peluang untuk bersalam dengan kami semua, atuk, wan, pak long, pak lang, mak lang, pak teh, mak teh, termasuklah bibik saya, sambil berkata "Syukran mintak maaf zahir dan batin, doakan Syukran dapat jawab semua soalan dan dapat 5A". Saya pula yang sebak. Sama-sama kita doakan kejayaan Syukran dan semua calon UPSR.




* Sila dapatkan Ebook Rahsia Pelajar Cemerlang di www.rahsiapelajarcemerlang.com
* Hj Mohd Firdaus Mat Saad, selaku Jurulatih Pelajar Cemerlang berkongsi Formula bagaimana pelajar boleh berjaya dengan mudah dan terbukti berkesan.


* Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anak rakan rakan anda yang lain, sila tekan LIKE Button di bawah. Semoga ia semakin bermanfaat untuk kita semua.




Saturday, 21 September 2013

Luka operation berlubang sembuh dalam masa 2 minggu dengan Zinc Plus Shaklee

Saturday, September 21, 2013

Sebelum anda meneruskan baca entri ni, pastikan anda tiada penyakit lemah jantung, atau alah pada luka-luka dan darah. Dikhuatiri gambar-gambar dalam entri ini akan memudaratkan anda.

Kejadian ni berlaku pada awal bulan September baru ni. Bibik kami dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman yg menyebabkan tangan kanannya membengkak hingga ke bahagian lengan. Punca nya cuma kena gigit semut. Semut pon bukan semut besar gajah atau kerengga, tapi semut merah yang kecik tu. 


Friday, 13 September 2013

1001 Kegunaan Basic H² Shaklee

Friday, September 13, 2013 0 Comments


Kali ni takmo cite pasal supplemen, tapi nk cite pasal pencuci serbaguna Shaklee yang memang best! Bulan lepas saya beli Basic
since banyak betul testimoni tentang kebaikan Basic H². Saya bagi pada mak saya untuk kegunaan mencuci periuk belanga buat kuih. 


Maklum lah, klu buat kuih ni, minyak nya bukan main lagi. Kalau buat inti koci tu, dia punya kerak, maaaak aiii! Punye lah tebal. Sental bagai nk rak! Kalau rebus kuih koci tu pulak, tepung nya melekat kt dasar periuk tu pun sampai terpaksa rendam semalaman. 
 
Belum lagi nk basuh bekas kuih apam yang kecik2 tu, sekali basuh beratus2 biji. Bekas kuih cara yang berbentuk bunga, susah juga nk hilangkan minyak kat bahagian yang berlekuk2 tu.

Yang tukang basuh bibik saya. Bibik pulak tangannya sensitif sangat, bukan boleh guna sebarangan sabun. Silap sabun, tangan gatal2.....bila tangan bibik dah gatal2, akibatnya majikannya lah yang kene basuh sendiri. 
 
Oooohhh tidak! Tak boleh! Tak boleh! Nehi! Nehi! Saya tak boleh biarkan perkara ini  berlaku lagi. Hehehe....Setakat ni, Basic-H lah penyelamat. Memang sangat sesuai untuk sesiapa yang berkulit sensitif.


Fakta: Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. 
 
Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. 
 
Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. 
 
Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.
 

 

Perbezaan Shaklee Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

 

Berkesan

  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

 

Mesra Alam

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan 
 


 




1001 Kegunaan Basic H

Nama pun serbaguna. Ada 1001 kegunaan Basic H yang anda akan takkan jangka boleh digunakan.
 

 









Selain dari tu, banyak lagi kebaikan Basic-H Shaklee ni. Jom kita tengok apa kegunaan Basic-H dan cara penggunaanya:

BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2.
Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3.
Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4.
Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5.
Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6.
Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7.
Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8.
Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9.
Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10.
Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas
  
Untuk kecemasan:

BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2.
Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3.
Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4.
Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5.
Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6.
Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7.
Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8.
Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9.
Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
 















































 

 

 

 

Sayur Layu Kembali Segar

Pernah dengar pencuci rumah boleh mencuci sayur-sayuran dan boleh bertukar dari layu menjadi segar bugar?

Ini antara keajaiban pencuci serbaguna Basic-H Shaklee. Di mana ia tidak langsung berbahaya kepada seisi keluarga kerana ia bebas dari bahan kimia dan bertoksik.

Jika di rumah anda memiliki sayur yang telah kecut, jangan buang dahulu. Rendamkan sayur kecut tadi ke dalam air campuran Basic-H beberapa titik dan biarkan beberapa minit. 


Jangan terkejut kerana sayur yang layu tadi akan kembali segar umpama baru sahaja di petik dari pokok.





Amacam? Best ke best Basic-H Shaklee ni? Jangan ragu-ragu lagi untuk bertukar kepada pencuci serbaguna Basic-H yang selamat dan berkesan. Keluarga kita, tanggungjawab kita.

 

Thanks for reading!


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!