Follow Us @kamharyatie

Monday, 17 February 2014

RESEPI KEK KEJAYAAN

Monday, February 17, 2014
Assalamualaikum,

Kali ni nak share resepi yang saya rasa semua orang boleh buat. Tak kira umur, jantina. Kita pun boleh ajar anak-anak kita untuk buat kek ni. Jom kita tengok.

 
BAHAN-BAHAN

  • 500g Semangat (yang membara)
  • 250g Inisiatif atau daya usaha
  • 100g Kecekalan (jatuh sekali bangun semula sepuluh kali)
  • 180g Keimanan
  • 130g Keinsafan
  • 280g Pengorbanan
  • 180g Campuran akhlak mulia (boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
  • 8 sudu teh perasaan tanggungjawab
  • 200g senyuman secukup rasa


CARA-CARA
  1. Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.
    Masukkan usaha dan kesabaran, gaul hingga sebati.
  2. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut. 
  3. Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia.
  4. Bungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
  5. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbangrasa dan tolak ansur.
  6. Hiaslah dengan senyuman yang menawan.
  7. Kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

TIPS

  • Kalau gunakan ketuhar biasa (Jalan Lama) , bakar pada suhu 180° selama 38 minit.
  • Kalau gunakan ketuhar mikrowave (Leburaya), bakarlah ia selama 10 minit,
  • Untuk dapatkan kek yang elok dan cantik, elakkan adunan kita tadi daripada terkena air mata putus asa. 


SELAMAT MENCUBA!

Monday, 10 February 2014

9 DOSA BESAR DALAM PERNIAGAAN

Monday, February 10, 2014
Assalamualaikum,

9 dosa besar? Pulak!...Macam mana boleh dapat dosa bila berniaga ni? Bukan ke berniaga tu sunnah nabi? Betul....berniaga itu sunnah nabi, tetapi ada ramai di luar sana yang cuba berniaga tapi selalu gagal di tengah jalan. 

Dosa yang dimaksudkan di sini ialah dosa-dosa yang sering dilakukan oleh ramai orang bila nak berniaga. Seringkali saya ingatkan pada rakan-rakan saya, jika nak berniaga, kena ada ilmu, impian, sistem, tindakan dan paling utama MENTOR!

Mentor ini perlulah mereka yang dah melalui semua ranjau dan dah berjaya. Kita perlukan mereka, sebab mereka boleh tunjukkan short-cut camner nak berjaya tanpa kita melalui kesukaran berniaga. 

Jika terkena juga, dia oranglah yang boleh menasihati kita bagaimana untuk mengatasinya. Buat apa kita ikut orang yang tak pernah buat, tak pernah berjaya dan yang paling best, langgar sendiri sebab ingat kita dah cukup pandai? 

Sunday, 9 February 2014

PENCERAHAN: DR. BERTAULIAH VS DR. GOOGLE

Sunday, February 09, 2014
Assalamualaikum,

Lately kita dikejutkan dengan luahan hati seorang doktor bertauliah yang dah bosan jadi doktor sebab sekarang ramai sangat 'doktor-doktor' tak bertauliah yang dok menjual atau menjaja macam-macam ubat untuk sembuhkan macam-macam penyakit.

Siapa yang belum pernah baca luahan hati doktor tersebut, boleh baca di sini. Bila saya baca, sebenarnya, ada kebenarannya luahan hati doktor tersebut. Sekarang ni banyak sangat benda-benda yang dijual di pasaran yang claim boleh merawat macam-macam jenis penyakit.

Saturday, 25 January 2014

Saya kuat makan sayur dan buah, jadi saya tak perlu suplemen...

Saturday, January 25, 2014
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber semulajadi yang terbaik dalam membekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia juga dipanggil gudang vitamin dan mineral. Pelbagai kajian juga menunjukkan bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran membantu melindungi tubuh dari pelbagai jenis penyakit. 

Sunday, 19 January 2014

Macam Mana Saya Boleh Terjebak Di Dalam Kancah Ini?

Sunday, January 19, 2014
Assalamualaikum,

Macam mana nak cerita ya? Kancah apa pulak ni? Sentap! Yang pasti, yang bertanggungjawab dalam hal ini adalah tak lain tak bukan, adik saya Maria, adik ipar saya Firdaus dan suami saya sendiri! Kerana mereka, saya telah terjebak di dalam kancah kekayaan.

Thursday, 2 January 2014

Pisang Goreng Cheese Leleh

Thursday, January 02, 2014 0 Comments

Semalam, lepas dinner saya tanya wife saya. "Mommy, xde apa-apa desert ke?" Wife saya jawab "Xde la dedi, pisang ade la, nak?" "Pisang je? Tak mo lah" Masa saya buka fridge nak ambil air sejuk, saya ternampak cheddar cheese. TING! Ada cheese, ada pisang, saya pun tunjuk cheddar cheese tu kat wife saya.

Monday, 16 December 2013

Anda Yang Mana Satu? Lobak? Telur? Atau Kopi?

Monday, December 16, 2013 0 Comments
Masalah... problem...dugaan... cabaran...

Semua tu merupakan ujian dari Allah. Tapi pernah tak kita fikir, kenapa ujian itu diturunkan? Kita patut bersyukur sekiranya kita diuji. Sebenarnya setiap manusia memerlukan ujian.

Ujian adalah satu proses upgrade diri dalam membentuk diri manusia menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Tapi berapa ramai daripada kita yang rasa bersyukur bila diuji?

Sunday, 8 December 2013

How Business Minded Thinks?

Sunday, December 08, 2013
Macam best jer....Macam hebat je tajuk kat atas tu. Ye ker? Mesti ramai kat luar sana tertanya-tanya, apa yang businessman fikirkan ek? Mesti la sama kan? Sama-sama manusia, tak kan lain? Dia orang pun ada perasaan, ada hati, ada hidung, ada mata, tapiiii.....kenapa ada orang kata lain? Cer pikir, cer pikir.....

Thursday, 5 December 2013

Rahsia Bagaimana Memilih Suplemen Omega-3 Yang Berkualiti Tinggi?

Thursday, December 05, 2013
Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Saturday, 30 November 2013

Cara Paling Mudah Singkirkan Asid Urik Berlebihan Penyebab Gout

Saturday, November 30, 2013
Apa itu gout?
Apakah tanda-tanda gout?
Apakah komplikasi yang biasa berlaku?
Rawatan bagaimana yang diperlukan untuk gout?

Sila tonton video di bawah untuk mengetahui segala jawapan di atas.


Tahukah anda, gout adalah penyakit yang boleh dirawat .Memulihkan gout sebenarnya adalah SANGAT MUDAH! Jika anda faham tentang akar umbi penyakit ini. Penyakit gout ini berasal daripada satu dan HANYA SATU punca, iaitu kandungan Asid Urik (Uric Acid) yang Tinggi

Dan apa yang anda perlu lakukan juga hanya satu, singkirkan asid urik yang berlebihan dari badan dan kawal sedikit pemakanan anda untuk mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik. Tapi macam mana cara nak buang asid urik yang berlebihan tu?


Rawatan hospital

Jika anda adalah salah seorang penghidap gout dan anda sedang mendapatkan rawatan dari klinik atau hospital, anda akan diberi ubat-ubatan anti radang untuk  mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Tetapi tahukah anda ubat-ubat tersebut sebenarnya mengandungi 'drugs' yang akan memberi kesan sampingan yang negatif jika diambil dalam jangka masa panjang?

Antara kesan sampingan adalah seperti berikut:
-  Ubat anti radang/pain killer (sakit perut)
- Colchicine (menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit. Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor
- Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor dan tidak boleh diambil dalam jangka masa panjang) 


Rawatan semulajadi

JANGAN RISAU! Set Gout Shaklee ada jawapannya. Berasaskan dari 100% sumber semulajadi, tanpa sebarang kesan sampingan jika di ambil dalam jangka masa panjang, ramai pesakit gout yang berjaya sembuh dalam tempoh KURANG dari SATU bulan! 

Bukan tu saja. Kombinasi Omegaguard dan Alfalfa secara tak langsung akan membantu pesakit gout menurunkan berat badan. Jom tengok apa yang ada dalam set gout Shaklee.

Testimoni
   
Semakin Awal Anda Mengambil Tindakan, Semakin Cepat Ia Disembuhkan. Jangan Tangguhkan Sampai Peringkat Yang Terakhir, Masa Tu Mungkin Sudah Terlambat...


~~~~~~~ Thanks for reading ~~~~~~~

Berminat untuk mendapatkan SET GOUT sekarang?
Anda boleh dapatkan secara online di sini:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=bb33fbc7e4a865286ce7a66a47a6f74d 
Atau
 Jika anda perlukan maklumat lebih lanjut, sila hubungi saya! 
Saya akan bantu anda. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara part time atau full time?
Hubungi saya untuk:
Free Consultation
Affordable Price
Business Opportunity With Shaklee!!! 

Sunday, 24 November 2013

Tiramisu Tanpa Alkohol!

Sunday, November 24, 2013 0 Comments
Seperti yang telah dijanjikan, walaupun ambil masa sikit, Janji harus ditepati.....Saya akan share semudah yang mungkin.
 

Siapa pernah makan Tiramisu? Saya dari dulu nak buat benda alah ni tapi tak tahu camner nak buat. Last-last saya paksakan diri cari kat dalam few website, resipe tiramisu ni. Campak-campak ikut selera sendiri (biasala, orang masak ikut taste sendiri), tadaaa.....jadi pun Tiramisu.

Saturday, 23 November 2013

Rahsia Cantik Secara Semulajadi

Saturday, November 23, 2013 0 Comments
Suka tak kalau muka anda sentiasa cerah dan berseri walaupun tanpa make-up? Ayat jimatnya 'natural beauty'. Suka kan? Tapi masih ramai lagi di luar sana yang sentiasa mengenakan make-up, kadang-kadang sampai tak kena gaya. At least mesti nak tepek bedak. So, macam mana caranya nak dapatkan kecantikan secara semulajadi?

Thursday, 21 November 2013

Belajar Tinggi-Tinggi, Last-Last Dok Ceruk Dapur

Thursday, November 21, 2013
Assalamualaikum,

Saya yakin tajuk entry kali ni adalah ayat command, yang biasa kita dengar. Dan statement ni saya selalu dengar sejak saya di bangku sekolah lagi.

Yang selalu cakap ayat tu pula adalah rakan-rakan lelaki. Masa tu saya tak ambil port langsung, tapi sejak saya ada anak, dan sejak dua menjak ni, bila dah banyak sangat kes pengasuh dera anak, saya mula faham. Saya mula memahami maksud tersirat ayat tersebut.

Lepas banyak berlaku kes-kes anak di dera, ramai ibu bekerjaya yang dah mula mencari peluang untuk bekerja dari rumah. Sebab utama adalah kerana nak jaga anak sendiri, nak lihat anak membesar di depan mata.

Dan yang pasti, kebanyakan yang berhenti kerja bukan calang-calang wanita. Semua mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan professional dalam sektor swasta. Engineer, lawyer, doktor dan IT expert antara yang paling ramai berhenti kerja dan menjalankan perniagaan dari rumah.

Sebenarnya inilah dilema yang dihadapi oleh semua ibu bekerjaya. Keputusan yang cukup sukar diambil, dengan mengambil kira situasi yang dihadapi, pertimbangan suami, keluarga dan masa depan anak, yang akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja,


Tidur/stayback di office

Saya sendiri menghadapi masalah yang sama, sebab dari mula saya bekerja, saya terlibat dalam banyak projek-projek khas yang memerlukan the whole team untuk beri komitmen yang tinggi untuk pastikan sesuatu projek itu berjaya.

Most of the projects yang saya involved, sebenarnya tak ramai yang expert dalam Malaysia ni. Siapa yang kenal saya, mereka akan faham expert apa yang dimaksudkan. Dan saya tak boleh bercerita di sini kerana yang pasti memang orang biasa tak akan faham.

 

Saya pernah melalui saat-saat tidur di office, sampai bawa bantal dan toto. Pernah esok paginya nak present, semalaman tak tidur sebab sistem error. Dan hampir accident semasa dalam perjalanan disebabkan mengantuk. Kerja siang malam macam kompeni tu saya yang punya, even owner kompeni tu sendiri pun tak buat macam tu.

Masa tu saya belum berkahwin dan pada saya, takde masalah untuk saya buat mcm tu sebab saya tiada komitmen lain. 100% serah bulat2 untuk kompeni, walaupun gaji saya pada masa itu tak sampai pun RM2k. Dan saya ada banyak masa untuk buat part time. Saya dapat jana side income berpuluh ribu semasa saya bujang.


Komitmen
 

Bila saya berkahwin dan mempunyai anak, komitmen keluarga menjadi perkara utama. Saya tak boleh dah nak buat macam saya bujang2 dulu. NO-NO. Saya sedaya upaya untuk elakkan daripada perkara ini berlaku.

Jadi saya perlu lebih komited dalam tugas saya sepanjang waktu bekerja. Tapi saya faham sekali sekala bila ada projek-projek khas, ada masa saya diperlukan untuk stayback. Itu saya faham dan saya boleh atur kan.

Pernah suatu ketika, 2 tahun yang lalu, perkara stayback ini berlaku selama hampir sebulan. Saya dah suarakan perkara ini kepada bosses, dan apabila mereka sendiri buat acuh tak acuh, saya escalate perkara ni sehingga ke peringkat atasan, sampai ke CEO.

Saya terpaksa buat macam ni sebab saya nak bagitau yang saya dah berikan sepenuh komitmen sepanjang office hour dan saya akan pastikan ada output dan result, dan selepas dari waktu itu adalah waktu untuk keluarga dan diri saya sendiri.

Dan saya sanggup berhenti kerja seandainya perkara ini tidak diambil sebarang tindakan. Itu kata putus saya. Tapi syukur alhamdulillah, CEO saya cukup memahami situasi ini dan seperti yang saya jangka, beliau sendiri tak sangka yang ada antara bosses di syarikat saya yang bersikap sedemikian.

Selepas dari tindakan tersebut, perkara seperti ini sudah jarang berlaku. Dan sekurang-kurangnya tindakan saya itu sebagai satu langkah yang positif dan saya hendak perjuangkan hak2 ibu yang bekerjaya di syarikat saya bekerja. Ada masanya memang perlu ada seseorang yang berani bersuara supaya kami tidak ditindas.



Ini adalah email benar, tiada benar selain benar belaka, saya hantar kepada CEO sebagai langkah untuk mengelakkan daripada perkara ini berlarutan. Lanjutan daripada email ini, saya telah dipanggil 1 to 1 session untuk bincang lebih lanjut tentang masalah ini.


Flexible working hour


Saya suka kerja yang ada flexible working hour. Setiap orang ada cara kerja masing-masing dan kita perlu hormat. Contoh macam saya, Saya tak kisah anak-anak buah saya nak buat kerja macam mana, nak tertonggeng ke nak terbalik ke, yang penting kerja siap. Tapi kalu kerja tak siap, please justify kenapa. Saya boleh terima kalau alasan munasabah.

Cuma yang saya perhatikan, makin tinggi level dan career path, memanglah gaji makin besar. Tapi effect negatif adalah masa bersama keluarga semakin terhad. Ayat biasa kita dengar, makin besar gaji, kerja pun makin banyak. Responsibility pun makin besar. Dah bayar gaji mahal-mahal, takkan buat kerja senang-senang kot, itu perkara lumrah.

Sebagai seorang ibu yang berpendidikan tinggi (xde la tinggi mana, saya cuma ada degree je, niat nak sambung master apalagi phd, nampaknya tidak kesampaian), sekurang-kurangnya kita boleh berfikir mana yang terbaik. Saya mahukan yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak.


Pengalaman pahit saya semasa outstation, anak diserang demam panas dan febrile fits dan saya tidak berada di sisi. Hanya mampu berdoa dan yakin anak-anak dan keluarga sentiasa di bawah lindunganNya.



Bantu suami 

Saya sebenarnya tidak setuju dengan komen-komen yang menyalahkan ibu yg berkerja dan tidak mahu menjadi surirumah menjaga anak dengan tangan sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Kata mereka ibu-ibu kita dulu pun surirumah tapi masih cukup makan pakai walaupun bapa seorang yang berkerja.

Dalam situasi ekonomi sekarang, kita terpaksa terima hakikat suami dan isteri dua-dua 'terpaksa' bekerja untuk menampung kos hidup yang semakin menjadi-jadi. Tengoklah anak baru tadika, tapi yuran sekolah kalah anak masuk universiti. Harga rumah pun sekarang tidak munasabah, harga barang naik mendadak. Semua tu kita tak dapat nak kawal.

Tapi, anda fikirkan lah. Kita hidup di Malaysia ni, terlalu banyak peluang yang diberikan kepada kaum ibu untuk menjana pendapatan. Tinggal lagi kita hendak atau pun tidak rebut peluang yang ada. Andai kata anda adalah salah seorang daripada ibu-ibu bekerjaya yang mengalami situasi yang sama seperti saya, saya berbesar hati nak buka peluang ni kepada anda.


Berkorban 

Sebenarnya, saya enjoy dan sayangkan kerja saya sekarang. Cuma saya terfikir tentang masa depan anak-anak saya jika saya masih lagi bekerja dengan fixed working hours. Saya ada anak istimewa. Anak istimewa agak sukar untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah biasa. Kalau dapat sekolah yang jauh, saya tak boleh biarkan dia naik bas macam anak tipikal.

Saya tak boleh biarkan orang lain yang handle. Hanya saya yang faham anak saya macam mana. Saya bertanggungjawab atas anak-anak saya. Dengan situasi macam ni, ada sesuatu yang terpaksa saya korbankan. Kadang kala kita terpaksa korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu.Ya, saya terpaksa korbankan sesuatu. Tapi apa dia? Takkan nak berhenti kerja? 


Berhenti kerja

Jika saya berhenti kerja bermakna saya tidak ada income. itu bukan jalan penyelesaian, malah itu akan menambah masalah. Apatah lagi saya telah bekerja selama lebih dari 10 tahun, orang dah start panggil saya otaiyah (panggilan otai bagi perempuan...hehehe...), tiba-tiba berhenti kerja? Owh NO! Mati kutu kalau berhenti cenggitu je.

Sebenarnya, saya bukan nak berhenti kerja. Tiada istilah berhenti kerja. Saya hanya ingin bertukar kerja daripada bekerja di office, kepada bekerja di rumah. Tapi dengan skill yang saya ada ni tidak sesuai untuk saya bekerja di rumah. So, apa saya nak buat? Saya kena lah fikir sesuatu.


Berniaga


Lepas mengikuti kelas Dr. Azizan dan selalu kene brainwash dengan hubby, adik saya Maria dan suaminya, Firdaus, saya mula berminat dalam bidang perniagaan. Saya mula nampak sesuatu. Peluang dah ada depan mata, takkan saya nak biarkan. Lagipun dah ramai yang terbukti dah berjaya.

Dan alhamdulillah sekarang adalah bulan yang ketiga saya menjana pendapatan 4 angka, dah hampir dengan gaji full time saya. Memang betul 9/10 punca rezeki adalah daripada berniaga. Saya berniaga 70% secara online dan 30% secara offline.

Saya masih lagi bekerja full time dan berniaga secara part time. Sejak saya berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, niat saya bekerja sekarang ni pun dah berubah, daripada bekerja semata2 makan gaji pergi kerja balik kerja, saya menjadi lebih ikhlas menjalankan tanggungjawab saya terhadap syarikat.

Insyaallah, saya sedang sediakan platform untuk menjadi Working @ Home Mom. Semoga Allah permudahkan perjalanan kedua-dua kerjaya saya sekarang ni, full time dan part time. Yang paling penting saya tidak bergerak seorang diri. Saya ada group dan mentor yang sangat hebat! Andaikata saya tersadung, ramai yang ada di sisi saya untuk sambut saya daripada terjatuh.



Siapa yang sedang menghadapi dilema macam saya dan nak tahu lebih lanjut apa yang saya sedang buat dan macam mana cara saya buat, klik image di bawah untuk download Ebook sebagai panduan dan semoga anda mendapat manfaat.

 p/s Dok ceruk-ceruk dapur pun, 4-5 figure income jugak. Hehehe....

Thursday, 14 November 2013

Athfaal Tadika Indah Murni (TIM-ANIS) Performing Arts & Graduation Day

Thursday, November 14, 2013 0 Comments
Dulu, kami selalu tengok dalam Facebook atau Blog, parents akan tunjuk few gambar anak mereka yang graduate setelah belajar hampir setahun di tadika. Dan paling best, anak-anak mereka ni akan buat mini concert. Tahun 2013 ni, kami juga tidak ketinggalan sebab 2 orang anak kami telah pun bersekolah tadika. Jadi kami juga merasai kemeriahannya.

Tuesday, 5 November 2013

Pentingnya Side Income!

Tuesday, November 05, 2013
Saya pernah cerita dalam entry sebelum ni tentang bibik saya yang kene warded sebab tangan kene operate. Dalam entry tu juga saya ada cerita sikit tentang challenge saya pada ketika itu. Tapi apa kaitan cerita tu dengan tajuk entry kali ni? Siapa yang xtau cerita detail tentang bibik saya, boleh refer dalam entry yang lepas. Sila klik di sini

Saturday, 2 November 2013

Rambutan Anak Sekolah

Saturday, November 02, 2013 0 Comments
This weekend kami balik kampung PJ untuk petik buah rambutan. Mak mertua saya dah call 2-3 hari sebelum tu bagitau yang buah rambutan dah masak. Kitorang pon apa lagi, cucu-cucu pun balik lah kampung spend time dengan atuk tolong petik buah rambutan yang banyak tu. Best betul tengok buah rambutan yang merah2 dan lebat.