Follow Us @kamharyatie

Saturday, 13 June 2015

BONUS OOOOHHHH BONUS.....

Saturday, June 13, 2015 0 Comments
Assalamualaikum,


Saya nak tanya semua pembaca. Suka tak kalau dapat bonus? Mestilah suka kan? Orang tak normal je yang tak suka bonus. Hihihihihi....Kalau nak cerita pasal bonus ni, ada macam-macam kisah. Bagi yang makan gaji, setahun sekali akan dapat bonus. Tapi tak semua orang bernasib baik. 

Monday, 8 June 2015

KISAH DISEBALIK CAR BONUS

Monday, June 08, 2015 0 Comments
Assalamualaikum, 

Terima kasih kepada anda yang menziarahi blog ini. Saya doakan, anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah.

Kali ni saya nak cerita satu kisah di sebalik car bonus Shaklee. Actually saya mula dapat car bonus selepas bulan ke-6 saya melibatkan diri dalam bisnes Shaklee ni secara serius. Walaupun masih secara part time, tapi saya serius. 

Syukur. Bermula dari itu, Shaklee bagi kami duit bonus kereta pada setiap bulan di samping bonus-bonus yang lain. Dalam Shaklee ni ada banyak bonus ye. Bonus pula dibayar pertengahan bulan, setiap 14hb. Hujung bulan pula dapat gaji. Best kan!

Car bonus Shaklee dibayar dalam bentuk cash. So tak semestinya kena beli kereta. Boleh guna duit bonus tu untuk perkara lain. Nak beli rumah ke atau nak simpan je pun boleh.


Car Bonus Beli Rumah

Plan asal saya adalah untuk beli rumah impian dengan car bonus ni. Sama macam orang lain, saya mengimpikan rumah sendiri. Saya suka tengok rumah yang cantik dengan interior design sendiri. Sebab memang hobi saya mengemas dan saya suka tengok rumah sentiasa cantik dan kemas. 

Tapi, bila saya menyatakan hasrat nak duduk rumah sendiri, mak saya tak setuju. Katanya, rumah mak dah takde orang, dan nanti mak tinggal berdua dengan abah, mak sunyi. 

Abah pulak, bila saya cakap nak p survey tengok rumah, macam-macam alasan dia akan bagi. Area tu jem lah, tanah tak elok lah, dekat dengan bukit lah, jauh lah, macam-macam lagi alasan. Jenuh jugak saya fikir. 

Dilema sebenarnya. Pernah bercerita dengan salah seorang sahabat saya tentang hal ni. Saya agak terkesan dengan pendapat beliau.

"Kam, you patut bersyukur you duduk dengan parents. Tak pe Kam. Ambil peluang yang ada ni untuk berbakti pada parents kita selagi diorang masih ada. Insyaallah, Allah ganti yang lebih baik nanti. Trust me..."

Lepas discuss dengan Mr. Hubby, kami rasa oklah, biarlah kami stay dengan mak abah. Duit yang ada ni kita beli rumah lain dan kita sewakan. Rumah mak abah ni, kita anggap macam rumah kita sendiri, bayarlah bil api ke bil air ke, maintenance ke, apa-apa lah yang boleh memudahkan diorang.


MPV Satu Keperluan

Bila kita tinggal dengan mak abah ni, sedikit demi sedikit, tahap kebergantungan mereka kepada kita semakin bertambah. Banyak yang mereka harapkan dari kita. Contoh, kalau nak ke mana-mana, abah dah tak larat nak drive jauh-jauh.

So mak abah biasanya kalau nak ke mana-mana akan ajak kami pergi sekali. Bayangkan kereta Honda City tu sumbat dengan 5 orang dewasa dan 3 kanak-kanak. Kalau jalan jauh sikit, memang tak selesa, kena berhimpit.

Kalau nak balik kampung memang tak dapat balik sekali. Sebab barang saya sekeluarga je pun dah penuh kereta. Nak tak nak, abah terpaksa la jugak drive sendiri walaupun jauh. Macam kesian pun ada, tapi nak buat macam mana, kereta tak muat. Otherwise terpaksa call abang sulung saya samada pinjam MPV dia atau pun mintak abang yang bawak mak abah.

Bila keadaan macam ni lah, saya teringat balik pesanan sahabat saya tadi. Saya rasa, dah sampai masa untuk saya dapatkan sebuah MPV untuk kegunaan seluruh keluarga. Lagipun bilangan keluarga saya sendiri pun semakin bertambah.

At least lepas ni takde masalah nak g mana-mana dah. Mak abah pun lebih selesa naik kereta. Berbakti pada mak abah. Memang ada banyak cara dan mungkin ini salah satu peluang saya. Kita mudahkan segala urusan mereka, Allah akan mudahkan segala urusan kita.


Car Bonus Beli Kereta

Sebenarnya kereta impian saya adalah SUV. Saya suka kereta yang tinggi dan nampak gagah. Tak sedor diri tu kecik. Hihihihi. Tapi, sebab fikir saya ni kecik lah saya rasa saya kena bawak keta besar dan tinggi. Kan! Kan! Kan! Tapi, bila memikirkan buat masa ni MPV lebih penting dari SUV, saya decide, go for MPV. 

Nasihat seorang sahabat..."Kam, time anak kecik-kecik, time anak sibuk nak mengekor kita ni lah, kita beli kereta besar sikit. Esok bila anak dah besar, dah bujang, dah tau nak ikut kawan, masa tu baru nak beli kereta besar, memang tak best la. Kereta besar tapi naik berdua. Tak best tau....!"

Fuh! Memang betul apa yang sahabat saya ni cakap. Oklah, saya sacrifice lagi lah impian saya nak memiliki SUV buat masa ni.

Sabar ye BMW X6. Satu hari nanti aku rembat kau jugak. Tunggu.....

Dalam banyak-banyak MPV, saya suka MPV yang tinggi. Saya tak suka MPV yang sama rendah dengan kereta sedan. Ni antara yang shorlisted, first round.


Mitsubishi Grandis


Honda Odyssey baru. Yang ni tinggi. Yang lama tak lawa, rendah dan panjang. Dah macam rupa kereta mayat. Erk! Tapi New Odyssey ni memang lawa.


Toyota Alphard


Toyota Vellfire

Toyota Estima Previa.

Antara yang shorlisted, kene pilih lagi for top 3. Sebabnya kene tengok budget la jugak. Budget tak boleh lebih dari RM200K. So, awal-awal Honda Odyssey dan Toyota Estima Previa kene take out.

Nak dijadikan cerita, kebetulan adik saya Maria jugak memang tengah mencari Vellfire. Dia sendiri pun bila balik KL dengan Honda CRV dia, tengok macam nak terkeluar barang. Penuh sepenuh-penuhnya. Mak mertua lagi, maid lagi, ni nak keluar baby sorang lagi. 

Pastu setiap kali balik KL, Maria akan bawak berpuluh-puluh ikat daun pisang dari kampung untuk mak kami. Mak kami kan buat kuih koci. Daun pisang kampung memang cantik balut kuih koci.  Sebab tu mak memang suka daun pisang kampung. 

Punya banyak Maria bawak daun pisang, sampai terpaksa selit-selit mana-mana ruang yang ada. kadang sampai adik ipar saya, Firdaus tak nampak cermin belakang. Hahaha.....Dah jatuh tahap wajib beli MPV jugak tu. Heheheh....

Nak dijadikan cerita jugak, dalam masa kami dok survey, Firdaus bagitau Naza Motor akan buat sales besar-besaran. So, kami yang memang tengah dok mencari MPV ni macam orang mengantuk disorongkan bantal. 

Apalagi, memang kami redah terus. Memang berderet kereta import dari Jepun untuk dijual. Vellfire, Alphard dan Estima.Semua kereta recon.

Bersama salesman kami, Isa Kamil. Service dia memang tip top. Very informative. Kalau bende tu tak bagus, memang dia akan bagitau tak bagus.

Ni cuci mata je. Tak boleh tengok lebih-lebih. Fokus kepada MPV je.

Mula-mula try Estima. Probnya, Estima yang ada semua tahun 2013. So bila total price on the road, semua lebih RM200K. So tolak tepi lah Estima ni.


Kami survey Vellfire pulak.Tengoklah, tak dan tukar baju, dari office terus ke Naza PJ. Yang ni tahun 2011, harga within our budget. So saya decide ok lah, kita pilih Vellfire. Lagipun, space jauh lebih besar dari Estima. Yang ni antara kereta yang kami tak dapat sebab dah ada orang booked. Mileage baru 15K km.

Ni shortlisted Vellfire. Ada 2 option. Hitam ke dark purple. Minta Hubby dan Firdaus tolong tengok which one yang terbaik.
Tak lama lagi nak raya, nak balik kampung, nak jalan-jalan beraya. Kalau balik kampung belah husband, boleh bawak mak mertua. Kalau balik kampung belah saya, boleh bawak mak abah saya.
So kami kena decide masa ni juga untuk beli. Lagipun, lepas ni entah bila pulak Naza nak buat sales lagi kan. At last, kami pilih dark purple. Semoga kereta yang kami pilih ini adalah yang terbaik untuk kami semua.

Alhamdulillah. Akhirnya kereta dah pun keluar. Syukur Allah mudahkan segala urusan jual beli, loan, plate number, semua mudah. Berkat doa mak selama ni yang dok sebut-sebut "beli la kereta besar sikit". Ha ni dia kereta untuk mak.


Berbakti Kepada Ibu Bapa

Sebenarnya apa yang saya nak share di sini adalah, sentiasa berkongsi apa sahaja rezeki yang kita ada dengan orang lain. Sebab bila kita rajin share, Allah akan beri lebih banyak lagi. Itu yang mentor saya selalu dok pesan. Yang paling penting, keutamaan mestilah untuk ahli keluarga sendiri dahulu. 

Berbakti kepada ibu bapa. Sangat besar jasa yang telah diberikan oleh mak abah terhadap saya selama mereka membesarkan saya. Pengorbanan mereka tidak akan mampu saya balas. Tapi saya cuba usaha semampu yang boleh untuk memudahkan urusan mereka.




Tak salah kalau kita punya impian. Semua bermula dengan angan-angan, bertukar menjadi impian, dan berusaha untuk jadikan impian itu satu kenyataan. Lagi best kalau impian melibatkan keluarga kita dan ibu bapa kita kan. 

Apa pun, saya bersyukur, Vellfire ni Shaklee yang tolong bayarkan. Tak de lah pening-pening nak cekau dari mana kan. Best ke best?


Mudah-mudahan Allah mudah kan segala urusan untuk saya mencapai impian-impian yang lain pula. Maklumlah, kan ada 101 impian. Banyak lagi yang perlu diusahakan. Saya doakan anda yang membaca blog ini juga berjaya mencapai segala impian dalam hidup anda. 

*Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


Friday, 22 May 2015

FROM ENGINEER TO CERTIFIED PRODUCT TRAINER

Friday, May 22, 2015 0 Comments
Assalamualaikum, 

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Saya doakan, "Anda Sentiasa Sihat, Kaya Dan Berjaya"

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana dengan izinnya, akhirnya saya berjaya graduate sekali lagi. Kali ni sebagai seorang Certified Product Trainer. 

Thursday, 21 May 2015

BISNES PRODUK PICISAN???

Thursday, May 21, 2015 0 Comments
Assalamualaikum,

Ramai yang tahu saya berniaga Shaklee. Ramai yang tahu kehebatan dan keberkesanan produk Shaklee. Tapi sebenarnya masih ramai yang tak tahu. Dan masih ramai lagi yang agak ragu-ragu.

Shaklee bukan Produk Picisan..! Tapi merupakan satu produk yang dengan izin Allah di asaskan oleh seorang manusia hebat 100 tahun dahulu yang mampu berfikir Luar Biasa untuk kehidupan masyarakat 100 tahun kehadapan hari ini..! Dr Forrest Clell Shaklee..!



Siapa Dr Forrest Clell Shaklee..?

Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa.

Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan menghidap penyakit tuberculosis (batuk kering).

Doktor meramalkan beliau boleh hidup sehingga berumur 8 tahun sahaja.

Berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa, kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar.

Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal.

Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.


Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner

🙇Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’.

🌳Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropracticcare.

Forrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. 

Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal.

Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

Itu kisah Forrest Shaklee. Ini pula kisah saya macam mana saya dan keluarga boleh pilih profuk Shaklee berbanding produk lain.

Kenapa keluarga saya memilih Shaklee


* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Thanks for reading!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Saturday, 16 May 2015

SELAMAT HARI GURU - KHAS BUAT GURU ISTIMEWA

Saturday, May 16, 2015 0 Comments
Assalamualaikum semua para pembaca,

Saya doakan anda semua sentiasa di dalam rahmat Allah.

Sempena hari guru ni, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua guru-guru sekolah yang pernah mengajar dan mendidik saya dari kecil. Guru-guru di Sekolah Rendah Taman Keramat 2, Sekolah Menengah Taman Keramat, Koleh Kurniawan (Matrikulasi), Universiti Putra Malaysia.

Friday, 1 May 2015

MULTIVITAMIN PERTAMA DI DUNIA - DAPATKAN SECARA PERCUMA DI SINI!!!!

Friday, May 01, 2015
Alhamdulillah. 

Dalam diam tak diam dah 100 tahun rupanya umur Vita-Lea Shaklee. 

Nak tau tak? Dari mana datangnya perkataan VITAMIN?

Mesti ramai tak tahu. Perkataan VITAMIN diambil daripada Multivitamin pertama di dunia yang dicipta oleh DR FORREST C SHAKLEE pada tahun 1915, iaitu sejak 100 tahun lalu!!

Sunday, 26 April 2015

ITALY AKU DATANG!! - 1 TICKET CONFIRMED!!

Sunday, April 26, 2015 0 Comments
Alhamdulillah. 

Semalam, adik saya hantar slide summary tentatif program kami ke Italy nanti. Sambil tengok-tengok slide tu, tiba-tiba hati dan perasaan saya agak bercampur baur. 

Macam tak sangka yang saya layak untuk International Trip secara PERCUMA. Saya difahamkan, kos untuk setiap seorang lebih dari RM20k. Ini bukan 5 star trip, tapi 6 star!!!

Thursday, 16 April 2015

Saturday, 21 March 2015

Sunday, 15 March 2015

TIPS SEMBUH CEPAT DARI DEMAM DENGGI

Sunday, March 15, 2015 0 Comments
Assalamualaikum,

Musim denggi kembali lagi nampaknya. Saya dah nampak pattern musim denggi ni. Tahun lepas saya warded sebab denggi waktu-waktu macam ni lah. Hujung-hujung bulan 2 dan awal bulan 3. Bila musim panas dan kering bermula, nyamuk-nyamuk aedes membiak dengan gembiranya.

Siapa yang belum pernah baca kisah saya diserang denggi kali kedua setahun yang lalu, jemput baca di sini.

Serangan Denggi Kali Kedua (sila klik)


Sunday, 25 January 2015

IBU MENYUSU: SIGNAL BILA KURANG NUTRISI

Sunday, January 25, 2015
Assalamualaikum semua pembaca blog Mommy Shahab,

Anda tahu tak? Kehilangan nutrisi di dalam badan adalah salah satu risiko yang terpaksa ditanggung oleh ibu hamil dan ibu menyusu. Dan memastikan badan ibu cukup nutrisi adalah cabaran yang perlu ditempuh sepanjang proses kehamilan dan penyusuan. 

Tuesday, 20 January 2015

Friday, 16 January 2015

EBOOK PERCUMA!!! NOW EVERYONE CAN KURUS!!!

Friday, January 16, 2015
Assalamualaikum semua pembaca blog Mommy Shahab,

Harini nak announce sesuatu yang sangat menarik. Satu lagi projek khas komuniti hasil usaha Empayar Maria Firdaus telah dilancarkan. Projek ini dinamakan NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK). 


APA ITU NECK?

Now Everyone Can Kurus (NECK) adalah satu projek tanggungjawab sosial yang dianjurkan oleh Empayar MariaFirdaus untuk membantu dan menggalakkan rakyat Malaysia menyelesaikan masalah obesiti mereka dengan pendekatan yang mudah dan praktikal.  

Semua FORMULA dikongsikan di dalam BUKU NECK dan ia adalah kisah benar yang ditulis berdasarkan pengalaman sendiri penulis dalam menurunkan berat badan dengan cara yang MUDAH dan cukup PRAKTIKAL. 

Bagi mereka yang struggle untuk turunkan berat badan ATAU mereka yang sudah habis ribuan ringgit tapi masih gemuk, Anda WAJIB dapatkan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus yang terdapat di dalam buku ini. 

Teknik ini terbukti berkesan membantu mereka yang mahu menurunkan berat badan sebanyak 10-15kg dalam tempoh 100 hari.



10,000 buah buku mini fizikal NECK sold out


Saiz buku mini fizikal NECK kecil sedikit daripada buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki. Sangat mudah dibawa ke mana-mana.


EBOOK MINI NECK

Bagi mereka yang tak sempat nak grab, jangan risau. Walaupun buku mini fizikal NECK dah takde, anda masih boleh mendapatkannya dalam format digital.

==================================
Ada 2 cara untuk anda dapatkan Ebook ini.
 

1. BELI PADA HARGA RM10.
Anda boleh bank in RM10 ke akaun:-
 
Maybank 1621 4294 8146 
CIMB 7004 566 123 
Kam Haryatie Abdul Mutalib
comecoze79@gmail.com 
p/s Wang tersebut akan disalurkan ke Tabung Maria Firdaus Prihatin untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.


ATAU 

2. DAPATKAN EBOOK INI SECARA PERCUMA!
Caranya, anda WAJIB CLICK BUTTON SHARE di atas atau di bawah entry ini.
 
(Ia AMANAH untuk anda yer) 

================================== 

Selepas Anda Bank In RM10 atau SHARE Status ini ( Ikut Pilihan Anda ).
Sila download ebook ini di :





Salam Kurus Dan Sihat, 
"Now Everyone Can Kurus" 
"Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus" 

Feel Free To SHARE This Entri Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat.

Saturday, 10 January 2015

DULU DRIVER SEKARANG JUTAWAN

Saturday, January 10, 2015
Assalamualaikum,

Semalam dapat cerita dari seorang sahabat. Cerita pengajaran tentang seorang JUTAWAN yang kaya raya tetapi TIDAK pernah MENGAMBIL BERAT tentang  KESIHATAN. Ceritanya pendek je. Begini ceritanya.....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada seorang businessman dari China yang kaya raya. Beliau kerap kali outstation, meninggalkan anak-anak dan isteri, semata-mata untuk mencari duit. MONEY IS HIS PRIORITY. Beliau tak pernah jumpa doktor untuk cek tahap kesihatan beliau. Beliau rasa beliau sentiasa sihat. 

Tidak pernah menjaga pemakanan dan tidak pernah kisah tentang kesihatan beliau. Disebabkan beliau kaya raya dan sangat jarang ada bersama keluarga kerana urusan bisnes, beliau telah hire seorang driver untuk menjaga dan menghantar isteri dan anak-anak beliau untuk ke mana-mana sahaja yang mereka pergi.

Pada suatu hari, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mati di tempat kejadian.  Keputusan post mortem menunjukkan beliau mati kerana SERANGAN JANTUNG.


PEMBUNUH SENYAP

Kalau anda masih belum tahu, penghidap darah tinggi dan diabetes atau kencing manis adalah mereka yang berisiko tinggi diserang penyakit kardiovaskular yang juga lebih dikenali sebagai serangan jantung.

Selain perokok, kira-kira 30 peratus pesakit diabetes dan darah tinggi mengalami serangan jantung dan ia sangat merbahaya kerana dianggap sebagai pembunuh senyap.

Kencing manis dan darah tinggi adalah antara punca utama penyempitan saluran darah yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular atau jantung.


Cuba anda tengok, punca asal sebenar pembunuh senyap ni adalah kerana KOLESTEROL TINGGI!!!

Sebab tu ujian saringan sangat penting bagi mengenalpasti penyakit kardiovaskular kerana ia kadangkala tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala.

Tiada simptom tidak bermakna tiada penyakit, jadi dinasihatkan penghidap diabetes dan darah tinggi menjalankan screening (saringan).

Tapi masih ada yang tidak mahu mengambil ubat doktor walaupun telah didiagnose. Jangan culas makan ubat. Untuk alternatif lain, boleh ikhtiar dengan cara RAWATAN SECARA SEMULAJADI. Antaranya adalah VIVIX.

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang MANFAAT VIVIX



 
Laburkan sedikit dari wang yang anda ada. Kesilapan anda juga kerana tidak menjaga pemakanan dan kesihatan dari awal sehingga menyebabkan anda mendapat penyakit yang membawa maut ini. 

Semua berpunca dari pemakanan. LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MERAWAT. Kerana seperti mana yang kita semua tahu, rawatan penyakit kardiovaskular sangat mahal dan apabila dikesan mengidapinya, pesakit perlu menjalani rawatan segera.

Jika tidak, PELUANG untuk mendapat STROKE juga adalah SANGAT TINGGI. Anda kena ingat, once you kena stroke, it will be the most challenging part, not only in your life, but also to your familiy member. 


MORAL OF THE STORY

Berbalik kepada cerita driver tadi. Anda tau tak. Akhirnya, kesemua harta beliau jatuh ke tangan siapa?

Jawapannya.........jatuh ke tangan driver tadi. Sebabnya, driver tadi berkahwin dengan isteri businessman tadi. Untung betul jadi driver. Xyah susah-susah membina empayar kekayaan.Tak pasal-pasal jadi jutawan segera.

Maka, SIAPA YANG BEKERJA UNTUK SIAPA SEBENARNYA NI? Fikir-fikirkan.....Cari duit, cari duit juga. Tapi kesihatan jangan diabaikan. Sebab tu lah, DAO selalu kata, KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR. Jom amalkan kehidupan yang lebih sihat. Pastikan badan anda cukup nutrisi ye!


Thanks for reading! 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!